Hot!

Other News

More news for your entertainment

Keharmonian PAS kini luar biasa

KEHARMONIAN luar biasa dirasakan pada muktamar PAS kali ini yang disifatkan bakal menyerlah sinar kemenangan pada pilihanraya umum (PRU) tidak lama lagi.

Pengerusi Tetap Hussin Ismail berkata beliau merasakan suasana itu terhadap apa yang berlaku pada muktamar ke-63 hari ini.

Beliau berkata suasana itu dapat dikesan apabila tidak ada perubahan pimpinan utama pada pada muktamar kali ini.

"Bayu ukhuwah sudah mulai dirasakan sekarang. Suasana kemenangan mulai muncul," katanya pada ucapan pembukaan muktamar pagi ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan berkata kali terakhir PAS mengadakan muktamar di Kedah pada 2006.

Katanya berikutan muktamar itu akhirnya membuah kejayaan apabila Pas berjaya membentuk kerajaan pada PRU 2008.

"Kita berharap situasi tersebut berulang kembali pada PRU tidak lama lagi," katanya pada ucapan aluan.

Beliau juga berkata Pas tidak menangguh muktamar seperti yang dilakukan parti parti lain dengan alasan menghadapi PRU.

Katanya tiada apa pun alasan bagi Pas untuk menangguh muktamar kerana ia menjadi tanggungjawab sebuah gerakan Islam. – HARAKAHDAILY 29/4/2017

PAS pacu agenda 'Tsunami Hijau'

PAS mengumumkan akan memacu agenda 'Tsunami Hijau' berdepan pilihan raya umum k-14 tidak lama lagi.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar Muktamar PAS ke-63 di KOMPAS, dekat sini hari ini.

Kata Tuan Guru Abdul Hadi, agenda penting pada waktu dan saatnya yang paling sesuai sebagai suatu panggilan kepada seluruh warga negara untuk bersama dengan PAS bagi melakukan perubahan secara harmoni dalam negara ini.

"Tiada siapa boleh memaksa atau mengugut kita untuk menyatakan pendirian, apatah lagi apabila ianya melibatkan strategi yang akan kita laksanakan.

"Kita juga memerlukan pendekatan yang boleh menyatukan kepelbagaian kaum, dengan mereka juga memahami keperluan masyarakat Islam untuk terus mengamalkan kehidupan beragama di tanah air mereka ini," tegasnya disambut laungan takbir para perwakilan.

Kata beliau, PAS tidak pernah memusuhi mana –mana kaum yang ada dalam negara kita ini kerana mereka juga adalah menyumbang kepada keharmonian yang berpanjangan di Malaysia.

Tegas Tuan Guru Abdul Hadi lagi, PAS hanya menentang sikap chauvinisdan perkauman sempit parti –parti tertentui ni sahaja.

"Apa yang penting ialah, kita menyerlahkan keyakinan Islam sebagai penyelesaian dan melibatkan idea–idea bernas dan kritis dari rakyat untuk perubahan di Malaysia," katanya lagi. – HARAKAHDAILY 29/4/2017

PKR dan PAS Semakin Berjauhan

Sejak akhir-akhir ini PKR dan PAS semakin berjauhan setelah menerima saudara baharu yang murtad dari UMNO.

DAP yang murtad dari Pakatan Rakyat  sehingga bertukar  jadi pakatan cacamerba dipuja di sembah kerana sanggup bersetuju dengan lambakan rumah pelacur dan rumah maksiat di Selangor.

Kini PAS yang dahulu seperti kaldai pembawa kita kepada PKR dan DAP tidak sanggup lagi di jadikan anak tangga.

Azmin Ali MB Kaduk Naik Junjung semakin hari semakin resah gelisah berikutan keduduka PKR Selangor semakin terancam.

Pastinya PKR Selangor AKAN gocang pada PRU14 nanti dan kuasa untuk memerintah negeri itu belum dapat di jamin berikutan PAN dan PPBM hanya seperti mudah cacat yang minta sedekah.

PAS dan PKR Berantakan Kuasa Selangor Terumbang Ambing

DUNIA politik terus perputa biarpun pemimpinya bersemutar dan berserbang kuasa tetap mahu walaupun rakyat dijual belia atas anama perjuangan demi rakyat.

Hari kecoh pula PKR dan PAS sedang berbalah,manakala UMNO-BN sedang intai untuk menaguk diair keruh.

Mahu tidak mahu kepimpinan PAS kena tunai janjinya yang pernah dinyatakan,bahawa mereka tidak akan bekerjasam dengan mana-mana parti yang ada hubungan dengan DAP,kenyataan itu seolah-olah PAS akan bergabung dengan UMNO berikutan satu-satunya parti Melayu yang tak pernah ada kerjasama politik dengan DAP.

Selangor kini goyang berikutan desakan akar umbi PAS supaya hubungan dengan PKR ditamatkan.walaupun begitu keputusan muktamad samada diteruskan atau tidak hubungan dengan PKR hanya akan diketahui pada Muktamar pada April ini.

Kalu PAS tak tunai janjinya dan masih adakan kerjasam dengan PKR walaupun parti itu ada kerjasama dengan DAP,makanya nilai perjuangan PAS sebenarnya ada pada serban atau kopian para pemimpinnya bukan pada hati.

Kalau PKR dan PAS putus hubungan politik,maknanya nilai perjuangan PAS masih tinggi di hati.

Keadaan Selangor akan haru biru berikutan PAS berpisah dengan PKR dan pastinya dunia politik Selangor akan berbeza dengan PRU sebelum ini,makanya PRU14 adalah peluang terbaik untuk UMNO menentukan nasib mereka kerana peluang dah ada di depan mata.

Kalau pertandingan 3 penjuru di Selangor,semua parti ada kelebihan,cuma tinggal lagi strategi parti mana lebih ampuh.

Selangor adalah pengundi tertinggi dari bangsa Melayu,dua parti orang Melayu iaitu PAS dan UMNO akan bersaing sengit pada PRU14,manakala PKR,PPBM,PAN masih lagi dalam timbang tara pemgundi Melayu berikutan hubungan mereka dengan DAP.

Dijangkakan Orang Melayu tidak memberi undi mereka pada DAP pada PRU14 berikutan kisah PAS dikudakan DAP menjadi mimpi buruk sehingga terkuburnya Pakatan Rakyat.

Azmin Ali kini gigil,gigil dengan kedudukan yang ditentukan PAS pada PRU13 lalu sehingga berada disingahsana menteri besar.

Kekuatan PAS di Selangor dengan UMNO dikawasan Melayu masih lagi seimbang walaupun ada pendapat kekuatan PAS 55 peratus berbanding UMNO.

Itu hanya sebuah kajian yang tidak pernah membuah ketepatan hasil lumayan,namun pada dasar pengamatan PAS dan UMNO dalam Selangor terutamanya di kawasan Melayu di kedudukan lima pulu-lima puluh.

Kedudukan inilah menjadikan situasi agak unik pada PRU14 nanti,namun begitu PKR yang disokong PPBM,PAN,DAP tidak akan membuahkan hasil lumayan kiranya pertandingan tiga penjuru terjadi.

Peluang PAS untuk menduduki kerusi MB Selangor tinggi jika berkongsi kuasa dengan UMNO selepas PRU14.

Kedudukan terkini,UMNO yakin dapat menambah 5 kerusi DUN baharu pada PRU14 nanti,3 di sebelah Sepang,1 di Klang,1 di Shah Alam.

Andainya ramaln itu terjadi,pastinya kedudukan negeri Selangor akan berubah dengan PAS menduduki jawatan MB.


KES DOJ TERHADAP JHO LOW-1MDB ADALAH BERITA PALSU, LAPOR THE INDEPENDENT

Tulisan asal oleh:
The Independent, 23 Mac 2017

Terjemahan oleh:
Portal Tv14



Sumber di Malaysia menegaskan berita bahawa Jabatan Kehakiman (DOJ) AS sedang menyiapkan kes jenayah terhadap pembiaya Malaysia Low Taek Jho – yang biasa dikenali sebagai Jho Low – hanyalah khabar angin.

“Wall Street Journal atau The Journal sengaja mereka cerita,” kata sumber itu.

Beliau berkata, ‘pemberi maklumat’ untuk The Journal itu tidak lain dan tidak bukan adalah Sarawak Report, sambil menambah, “SR juga yang bertanggungjawab mengenai berita mengatakan bahawa perjanjian Petronas dan Saudi Aramco telah gagal.”

“Ia adalah palsu semata-mata, kerana DOJ tidak mempunyai apa-apa ke atas Low,” kata sumber itu kepada The Independent.

“Anda tahu perjanjian Petronas-Aramco berjaya, dan kini mereka berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu memecat Ketua Pegawai Eksekutif Petronas kerana menentang perjanjian Aramco itu?”

“Ini adalah berita palsu!”

Dalam laporan semalam, The Journal berkata, pihak berkuasa AS berhasrat untuk memfailkan tuduhan jenayah terhadap pembiaya yang berkaitan dengan skandal antarabangsa yang berakar umbi di Malaysia yang mereka percaya boleh menjadi salah satu penipuan kewangan terbesar yang pernah berlaku, menurut mereka yang tahu tentang perkara itu.

Skandal itu melibatkan dana negara yang dipanggil 1Malaysia Development Bhd., atau 1MDB, dan tumpuan siasatan jenayah itu adalah Jho Low, seorang pembiaya yang Jabatan Kehakiman AS gambarkan dalam tindakan undang-undang rampasan aset sivil pada bulan Julai sebagai kunci utama dalam plot penyaluran berbilion-bilion dolar daripada dana yang didakwa itu, menurut The Journal.

Saman sivil itu, yang diteruskan secara berasingan daripada siasatan jenayah, mencari lebih daripada $1 bilion aset, termasuklah lukisan van Gogh dan Monet dan hartanah mewah di New York dan Los Angeles, yang didakwa dibeli dengan wang yang dicuri.

Low juga merupakan ‘person of interest’ di Singapura di mana pihak berkuasa telah membina kes jenayah yang berpotensi terhadapnya.

The Journal berkata pasukan Jabatan Kehakiman baru sahaja selesai lawatan ke Singapura untuk menjalankan temu bual yang berkaitan dengan Low dan lain-lain aspek berkenaan 1MDB, menurut dua orang yang tahu mengenai lawatan itu.

Sebelum ini, Low telah memberitahu organisasi berita bahawa beliau adalah mangsa perbalahan politik di Malaysia dan hanyalah seorang penasihat tidak rasmi kepada 1MDB. Keluarganya sedang mengambil tindakan undang-undang untuk melawan tindakan undang-undang rampasan aset AS.

Takut DAP Muhyiddin Tolak RUU355

Malam 13 Mac lalu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata secara prinsipnya Presiden PPBM, Muhyiddin
Yassin telah bersetuju untuk menyokong pindaan RUU 355.
Menurut Tuan Ibrahim, sokongan dari Muhyiddin itu adalah hasil daripada perbincangan yang telah dilakukan dalam
mesyuarat antara PAS dengan pemimpin utama PPBM tersebut.
Namun, apabila ramai yang mempersoalkan bahawa adakah PPBM sudah mula mahu tikam belakang DAP apabila
berbeza pendirian menyokong pindaan RUU 355, maka Muhyiddin tampil dalam suatu sidang media partinya menafikan
perkara tersebut pula.
Apakah ini bermaksud Tuan Ibrahim berbohong atau Muhyiddin yang berbohong? Siapa yang bercakap benar sebenarnya?
Kata Muhyiddin, ia sekadar 'andaian' dan tidak bermaksud bahawa parti pimpinannya itu akan menyokong pindaan RUU 355 berkenaan di Dewan Rakyat.
Sikap 'flip flop' Muhyiddin ini agak meragukan. Mana tidaknya, semasa bertemu kepimpinan PAS, Muhyiddin menyatakan harapan untuk sokong RUU 355. Tetapi setelah
diketahui pihak media, dia bernada lain pula.
Tidak mustahil ini berlaku kerana Muhyiddin sudah mula takut kepada DAP. Umum mengetahui, DAP merupakan taiko terbesar dalam Pakatan Harapan yang mampu mencatur
segalanya bagi pihak pembangkang.
Apa sahaja yang DAP suka, parti lain wajar untuk menyokong. Namun, apa sahaja yang DAP benci, parti pembangkang lain haruslah tidak menyentuhnya.
Begitu juga dengan pindaan RUU 355. DAP merupakan sebuah parti sekular yang membantah pindaan tersebut. Apabila tiba­tiba Tuan Ibrahim nyatakan kepada media
bahawa Muhyiddin pada dasarnya mahu menyokong RUU 355, maka tak mustahil ini membuatkan DAP sudah 'murka'.
Agar memastikan dirinya terus selamat di dalam pakatan pembangkang, maka tak mustahil Muhyiddin dengan penuh keterpaksaan menafikan pendedahan Tuan Ibrahim
tersebut.
Maka, siapa yang menguasai siapa sekarang ini Muhyiddin sudah benar­benar takut kepada DAP. Takut sangat sampai terpaksa berbohong menafikan perjumpaan dengan
Tuan Ibrahim.
Tulisan :
Beruang Biru
BB329, Rabu
15 Mac 2017


MENDIANG HENRY CHIN SELAMAT DISEMADIKAN

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, mendiang Tan Sri Henry Chin selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Cina di Batu 5, Jalan Tuaran di sini pada kira-kira jam 11.30 pagi, selepas diberi penghormatan terakhir.

Mendiang diarak dari Wisma Fook Lu Siew pada 10.40 pagi, dengan diiringi anggota polis menuju ke tanah perkuburan itu yang terletak kira-kira 2km dari wisma berkenaan.

Sebelum itu, orang ramai termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Awang Sahari EM Nadzeer hadir pada upacara penghormatan di Wisma Fook Lu Siew.

Mendiang adalah bekas Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan naib pengerusi Yayasan Pemcegahan Jenayah Malaysia (MCPF) serta anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah.

Mendiang berkhidmat dengan PDRM lebih 38 tahun sebelum bersara pada 1993.

Chin, 79, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Kuala Lumpur, Ahad lepas.

Mendiang meninggalkan isteri, Puan Sri Shirley Cheng Hua Chien, 72, serta dua anak.

— BERNAMA

MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN QAZAF ANWAR

Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar memutuskan demikian selepas mendapati mahkamah tersebut tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian.

Anwar memfailkan permohonan qazaf itu melalui isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada pertengahan tahun lalu.

Permohonan itu dibuat berikutan tindakan Muhammad Shafee yang menuduh Anwar melakukan liwat dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh (Anwar) sepertimana diwajibkan oleh undang-undang – UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

Tak Mahu Ke Sekolah Kanak-Kanak Dirantai Kaki

PETALING JAYA – Seorang ibu sanggup merantai kaki anak perempuannya yang berusia lapan tahun gara-gara enggan ke sekolah dalam satu kejadian di taman permainan Jalan PJS 9/1, Lagoon Perdana, Bandar Sunway dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.35 petang itu, kaki kanak-kanak perempuan yang lengkap berpakaian sekolah itu dirantai pada sebatang tiang lampu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu yang memaklumkan mengenai kejadian tersebut sebelum sepasukan anggota dikerahkan lokasi terbabit.

“Setibanya di kawasan tersebut, didapati kanak-kanak yang dirantai pada bahagian kaki itu sedang dikelilingi oleh orang awam sebelum ibunya tiba kira-kira 10 minit kemudian.

“Ibu kanak-kanak tersebut turut mengaku telah merantai kaki anaknya sebagai denda kerana kanak-kanak itu enggan ke sekolah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, ibu kanak-kanak tersebut yang berusia 30 tahun itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dan dibebaskan selepas diambil keterangan.

Mohammad Azlin berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. – K! ONLINE

Nizam Rahmat menunjukkan antara karya yang pernah menerima sentuhan kreatifnya.

Pawai Budaya Jogja 2016 ini bertemakan wayang ini menarik kehadiran kira-kira 10,000 penonton.

Kebanyakan universiti mewajibkan pelajar tinggal di kolej sekurang-kurangnya pada tahun pertama bagi tujuan pembangunan sahsiah mereka.

Sharbat Ditangkap Milik Lad Pengenalah Palsu

PESHAWAR, Pakistan – Seorang kanak-kanak perempuan Afghanistan bermata hijau yang terkenal selepas menghiasi kulit hadapan majalah National Geographic telah ditangkap di Pakistan kerana didapati menggunakan dokumen pengenalan diri palsu.

Gambar Sharbat Gula, 12, (pada ketika itu) dirakam jurugambar Steve McCurry di sebuah kem pelarian di Pakistan pada 1984 menjadi kulit hadapan terkenal dalam sejarah majalah National Geographic.

Sharbat ditahan oleh Agensi Siasatan Persekutuan Pakistan (FIA) atas tuduhan penipuan selepas siasatan dilakukan selama dua tahun di bandar Peshawar, barat laut Pakistan.

“FIA menangkap Sharbat Gula, seorang wanita Afghanis­tan hari ini kerana memiliki kad pengenalan palsu,” kata seorang pegawai Pihak Berkuasa Pendaftaran dan Pangkalan Data Kebangsaan (NADRA), Shahid Ilyas kepada agensi berita AFP.

Shahid juga berkata, FIA masih mencari tiga pegawai NADRA yang bertanggungjawab mengeluarkan kad pengenalan Pakistan kepada Sharbat. Mereka dipercayai telah melarikan diri selepas penipuan itu didedahkan.

Dia memberitahu Sharbat boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan denda antara AS$3,000 (RM12,500) hingga AS$5,000 (RM20,800) jika mahkamah mendapat dia bersalah kerana mela­kukan penipuan.

Seorang pegawai Pakistan berkata, Sharbat memohon kad pengenalan dengan menggunakan nama Sharbat Bibi di Peshawar pada April 2014.

Wanita itu merupakan antara ribuan pelarian Afghanistan yang berjaya mengelak daripada sistem berkomputer Pakistan untuk memperoleh kad pengenalan.

McCurry yang melakukan pencarian selama 17 tahun akhir­nya berjaya menemui semula Sharbat di sebuah kampung terpencil di Afghanistan pada 2002. Pada ketika itu, wanita tersebut sudah berkahwin dengan seorang pembuat roti dan mempunyai tiga anak perempuan.

Seorang kakitangan NADRA memberitahu, seramai 2,473 warga asing, kebanyakannya rakyat Afghanistan, secara sukarela menyerahkan kembali kad yang diperoleh menerusi penipuan. – AFP

Nizam Rahmat menunjukkan antara karya yang pernah menerima sentuhan kreatifnya.

Pawai Budaya Jogja 2016 ini bertemakan wayang ini menarik kehadiran kira-kira 10,000 penonton.

Kebanyakan universiti mewajibkan pelajar tinggal di kolej sekurang-kurangnya pada tahun pertama bagi tujuan pembangunan sahsiah mereka.

Wanita Dicerai Selepas Kongsi Gambar di Snapchat

Saudi, 25 Okt - Satu pasangan di Arab Saudi bercerai selepas dua jam berkahwin gara-gara si isteri berkongsi gambar perkahwinan mereka di aplikasi mesej Snapchat.

Pengantin lelaki terbabit bertindak menceraikan isterinya selepas mendapati wanita melanggar perjanjian yang dibuat antara mereka iaitu untuk tidak memuat naik sebarang gambar dari majlis itu, lapor media tempatan.

'Penceraian ekspres' itu seterusnya menyebabkan pergaduhan besar antara kedua-dua belah keluarga tersebut dengan ada antara mereka yang menyifatkan itu perjanjian yang tidak adil.

Adik kepada pengantin wanita memberitahu portal Okaz: "Ada satu perjanjian yang dibuat antara kakak dan abang ipar saya supaya tidak menggunakan aplikasi-aplikasi sosial media seperti Snapchat, Instagram atau Twitter untuk menyiarkan atau menghantar gambar.

"Perjanjian itu termasuk dalam kontrak perkahwinan.

"Malangnya kakak saya tidak menghormati perjanjian terbabit dan menggunakan Snapchat untuk berkongsi gambar dari majlis perkahwinan dengan rakan-rakannya. Ia menyebabkan pengantin lelaki membuat keputusan mengejut untuk membatalkan perkahwinan mereka dan bercerai."

Hospital Diarah Bayar RM1.8 Juta

LOS ANGELES: Hospital di Los Angeles diarah membayar AS$450,000 (RM1.8 juta) bagi menyelesaikan saman yang mendakwa ia 'membiarkan' wanita gelandangan bermasalah mental dengan cuma memakai baju tidur kertas, di jalan raya.

Peguam bandar raya itu, Mike Feuer, menyifatkan amalan meninggalkan pesakit sebagai tidak berperikemanusiaan dan berkata di Twitter pada Selasa, perkara itu tidak boleh diterima. Bandar raya itu menyaman Hospital dan Pusat Perubatan Daerah Gardens pada April 2015, menyatakan kakitangannya membawa wanita berusia 38 tahun yang menghidap skizofrenia dan beberapa masalah mental lain ke pusat gelandangan di daerah Skid Row, dan membiarkan beliau di situ memakai baju tidur kertas hospital.

Wanita berkenaan, yang juga menghidap diabetes dan asma, tidak mempunyai wang, preskripsi ubat atau kertas pengenalan dan tidak diterima masuk. Beliau ditemui merayau-rayau di jalan raya beberapa jam sebelum seseorang melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Feuer, pada Isnin mengumumkan bandar raya berkenaan dan hospital itu menyelesaikan saman, yang mendakwa wanita sama dibiarkan dengan cara serupa sekurang-kurangnya lima kali sebelum ini.

Pusat perubatan itu adalah antara beberapa hospital metropolitan di Los Angeles yang didakwa sejak beberapa tahun ini kerana meninggalkan pesakit. Skid Row adalah tempat ribuan gelandangan tinggal dalam khemah atau secara terbuka, dengan ramai daripada mereka mengalami masalah mental.
"Gelandangan yang menghidap masalah mental yang merayau-rayau mudah menjadi mangsa dan dieksploitasi," menurut saman. Hospital berkenaan, yang mengaku tidak bersalah menurut penyelesaian itu, memfailkan muflis dan dibeli entiti lain. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/206101