Hot!

KES DOJ TERHADAP JHO LOW-1MDB ADALAH BERITA PALSU, LAPOR THE INDEPENDENT

Tulisan asal oleh:
The Independent, 23 Mac 2017

Terjemahan oleh:
Portal Tv14



Sumber di Malaysia menegaskan berita bahawa Jabatan Kehakiman (DOJ) AS sedang menyiapkan kes jenayah terhadap pembiaya Malaysia Low Taek Jho – yang biasa dikenali sebagai Jho Low – hanyalah khabar angin.

“Wall Street Journal atau The Journal sengaja mereka cerita,” kata sumber itu.

Beliau berkata, ‘pemberi maklumat’ untuk The Journal itu tidak lain dan tidak bukan adalah Sarawak Report, sambil menambah, “SR juga yang bertanggungjawab mengenai berita mengatakan bahawa perjanjian Petronas dan Saudi Aramco telah gagal.”

“Ia adalah palsu semata-mata, kerana DOJ tidak mempunyai apa-apa ke atas Low,” kata sumber itu kepada The Independent.

“Anda tahu perjanjian Petronas-Aramco berjaya, dan kini mereka berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu memecat Ketua Pegawai Eksekutif Petronas kerana menentang perjanjian Aramco itu?”

“Ini adalah berita palsu!”

Dalam laporan semalam, The Journal berkata, pihak berkuasa AS berhasrat untuk memfailkan tuduhan jenayah terhadap pembiaya yang berkaitan dengan skandal antarabangsa yang berakar umbi di Malaysia yang mereka percaya boleh menjadi salah satu penipuan kewangan terbesar yang pernah berlaku, menurut mereka yang tahu tentang perkara itu.

Skandal itu melibatkan dana negara yang dipanggil 1Malaysia Development Bhd., atau 1MDB, dan tumpuan siasatan jenayah itu adalah Jho Low, seorang pembiaya yang Jabatan Kehakiman AS gambarkan dalam tindakan undang-undang rampasan aset sivil pada bulan Julai sebagai kunci utama dalam plot penyaluran berbilion-bilion dolar daripada dana yang didakwa itu, menurut The Journal.

Saman sivil itu, yang diteruskan secara berasingan daripada siasatan jenayah, mencari lebih daripada $1 bilion aset, termasuklah lukisan van Gogh dan Monet dan hartanah mewah di New York dan Los Angeles, yang didakwa dibeli dengan wang yang dicuri.

Low juga merupakan ‘person of interest’ di Singapura di mana pihak berkuasa telah membina kes jenayah yang berpotensi terhadapnya.

The Journal berkata pasukan Jabatan Kehakiman baru sahaja selesai lawatan ke Singapura untuk menjalankan temu bual yang berkaitan dengan Low dan lain-lain aspek berkenaan 1MDB, menurut dua orang yang tahu mengenai lawatan itu.

Sebelum ini, Low telah memberitahu organisasi berita bahawa beliau adalah mangsa perbalahan politik di Malaysia dan hanyalah seorang penasihat tidak rasmi kepada 1MDB. Keluarganya sedang mengambil tindakan undang-undang untuk melawan tindakan undang-undang rampasan aset AS.

0 comments:

Post a Comment