Hot!

Other News

More news for your entertainment

Keharmonian PAS kini luar biasa

KEHARMONIAN luar biasa dirasakan pada muktamar PAS kali ini yang disifatkan bakal menyerlah sinar kemenangan pada pilihanraya umum (PRU) tidak lama lagi.

Pengerusi Tetap Hussin Ismail berkata beliau merasakan suasana itu terhadap apa yang berlaku pada muktamar ke-63 hari ini.

Beliau berkata suasana itu dapat dikesan apabila tidak ada perubahan pimpinan utama pada pada muktamar kali ini.

"Bayu ukhuwah sudah mulai dirasakan sekarang. Suasana kemenangan mulai muncul," katanya pada ucapan pembukaan muktamar pagi ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan berkata kali terakhir PAS mengadakan muktamar di Kedah pada 2006.

Katanya berikutan muktamar itu akhirnya membuah kejayaan apabila Pas berjaya membentuk kerajaan pada PRU 2008.

"Kita berharap situasi tersebut berulang kembali pada PRU tidak lama lagi," katanya pada ucapan aluan.

Beliau juga berkata Pas tidak menangguh muktamar seperti yang dilakukan parti parti lain dengan alasan menghadapi PRU.

Katanya tiada apa pun alasan bagi Pas untuk menangguh muktamar kerana ia menjadi tanggungjawab sebuah gerakan Islam. – HARAKAHDAILY 29/4/2017

PAS pacu agenda 'Tsunami Hijau'

PAS mengumumkan akan memacu agenda 'Tsunami Hijau' berdepan pilihan raya umum k-14 tidak lama lagi.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar Muktamar PAS ke-63 di KOMPAS, dekat sini hari ini.

Kata Tuan Guru Abdul Hadi, agenda penting pada waktu dan saatnya yang paling sesuai sebagai suatu panggilan kepada seluruh warga negara untuk bersama dengan PAS bagi melakukan perubahan secara harmoni dalam negara ini.

"Tiada siapa boleh memaksa atau mengugut kita untuk menyatakan pendirian, apatah lagi apabila ianya melibatkan strategi yang akan kita laksanakan.

"Kita juga memerlukan pendekatan yang boleh menyatukan kepelbagaian kaum, dengan mereka juga memahami keperluan masyarakat Islam untuk terus mengamalkan kehidupan beragama di tanah air mereka ini," tegasnya disambut laungan takbir para perwakilan.

Kata beliau, PAS tidak pernah memusuhi mana –mana kaum yang ada dalam negara kita ini kerana mereka juga adalah menyumbang kepada keharmonian yang berpanjangan di Malaysia.

Tegas Tuan Guru Abdul Hadi lagi, PAS hanya menentang sikap chauvinisdan perkauman sempit parti –parti tertentui ni sahaja.

"Apa yang penting ialah, kita menyerlahkan keyakinan Islam sebagai penyelesaian dan melibatkan idea–idea bernas dan kritis dari rakyat untuk perubahan di Malaysia," katanya lagi. – HARAKAHDAILY 29/4/2017