AKUJANJI KOMPREHENSIF-Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
Seperti yang kita sedia maklum, pagi tadi bersempena Pilihanraya Negeri Sarawak ke-ll, Manifesto Barisan Nasional Sarawak 2016 telah dilancarkan dengan tajuk, Beri Peluang Kepada Team Adenan.
Manifesto yang bertunjangkan kepada 15 perkara utama dan 53 prinsip,memperincikan janji-janji yang akan ditepati demi membela dan memperjuangkan nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Saya melihatnya sebagai satu akujanji yang komprehensif yang merangkumi perkara-perkara utama seperti hak rakyat Sarawak, pendidikan, budaya, tanah, rumah mampu milik, keusahawa- nan, pembangunan luar bandar, wanita dan belia serta secara keseluruhannya peningkatan kualiti hidup.
Secara holistiknya, manifesto ini menggariskan kesinambungan kepada kejayaan sebelum ini, dengan pelan pembangunan lima tahun dan ke hadapan pula, dalam agenda pembangunan serta kemajuan demi Sarawak yang bersatu padu lagi sejahtera.
Merujuk kembali kepada NTP ini, sebagai negeri yang terbesar di Malaysia dengan mempunyai pelbagai etnik dan suku kaum, cabaran geografi serta kawasan- kawasan yang jauh di pedalaman, saya ingin nyatakan di sini bahawa, Sarawak merupakan penerima bajet terbesar daripada bajet penuh NKRA di bawah NTP ini.
Misalnya, Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak yang sepanjang 1,089 kilometer, dari Teluk Melano hingga ke Lawas, bakal menjadi nadi perubahan utama. Projek ini membuka lebih banyak peluang ekonomi di kawasan yang direntanginya.
Lebuhraya bebas tol ini, yang besar ertinya kepada rakyat Sarawak, dianggarkan bernilai RM16 bilion. Selanjutnya, dalam usaha Kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar, lebih 1.5 juta individu di Bumi Kenyalang yang terdiri antara lain, dari etnik Iban, Melayu, Bidayuh, Melanau, Kedayan, Kelabit, Kenyah dan juga Penan, telah menikmati perubahan kualiti hidup.
Program pembangunan ini, termasuklah menerusi pembinaan jalan raya, penyediaan air bersih dan terawat, pembinaan rumah serta bekalan elektrik 24 jam.
Salah seorang penerima bantuan bekalan elektrik pada tahun lepas ialah, yang berada bersama kita pada malam ini, Tuan Pemanca Philip, berketurunan Kelabit, dari Kampung Pa' Ramapuh Atas, Bario, Sarawak.
Kini, dengan bekalan elektrik 24 jam, mereka dapat menyimpan makanan di dalam peti sejuk dengan jangka yang lebih lama, seterusnya menikmati kehidupan yang lebih selesa. Sejak lima tahun lepas, sejumlah lebih seribu rumah panjang telah dibekalkan dengan bantuan elektrik 24 jam.
Selain itu, antara kejayaan lain di luar bandar Sarawak, adalah pembinaan dan baik pulih hampir 2,400 buah rumah. Antaranya, Rumah Panjang Berago Sungai Temedak dan rumahrumah penduduk kampung di Katibas Song, Sarawak.
Di samping itu, tahun lalu, setelah mendapati Kapit merupakan satu-satunya Bahagian di Sarawak, yang tidak mempunyai jaringan jalan darat ke dunia luar, saya telah mengumumkan pembinaan rangkaian jalan yang terputus di Kapit, atau yang saya panggil, the missing link.
Sebelum ini, penduduk di daerah Kapit dan Song misalnya, menggunakan sungai sebagai kaedah pengangkutan utama untuk mereka berhubung. Makanya, kerajaan telah memutuskan agar the missing link yang bernilai RM150 juta dilaksanakan untuk melengkapkan Projek Jalan Kanowit-Song-Kapit. Projek ini akan memberi manfaat kepada hampir 100,000 penduduk.
Di Sarawak juga, dalam konteks mempertingkatkan taraf hidup isi rumah termasuk golongan B40, terdapat sebahagian rakyatnya yang telah menyaksikan pening- katan pendapatan yang ketara melalui penyertaan dalam program lAZAM.
Salah seorang penerima manfaat lAZAM Tani ialah Sidi anak Tuba dari Sungai Liuk, Mukah di Sarawak.
Sebelum beliau menyertai lAZAM Tani pada 2010, saya dimaklumkan, jumlah pendapatan isi rumah Sidi hanyalah RM450 sebulan.
Apa yang Encik Sidi kita ni buat sehari-harian? Saya diberitahu, melalui program lAZAM ini, di bawah kendallun Jabatan Pertanian Sarawak, Sidi menanam jagung dan sayuran lain di tanah miliknya seluas 3.6 hektar. Hasil tuaiannya kemudian, bukan sahaja dijual di sekeliling kampung, bahkan hingga ke pasar Mukah.
Tampaknya, dengan NTP, nasib beliau dan keluarga telah ditrans- formasi dan terbela. Kini, pen- dapatannya meningkat berjulat berganda daripada hanya RM450 menjadi sehingga RM9,000 sebulan.
Inilah satu lagi kejayaan dan percontohan yang begitu mem- berangsangkan. Tahniah,... tah- niah Encik Sidi anak Tuba!
Seperkara yang patut diketahui semua, ehwal hidup Sidi anak Tuba dan Chik Azmily yang telah saya kongsikan tadi, mereka ada- lah di antara 287,000 ketua isi rumah di Malaysia, yang telah menerima manfaat daripada program lAZAM ini, seterusnya, apa yang lebih mustahak,merubah kehidupan mereka sekeluarga kepada yang lebih baik dari hari-hari kelmarin.
Di samping itu, sejak 2009, di bawah Program Penyeragaman. Harga, kerajaan telah berusaha untuk memastikan barangan keperluan asas mampu dimiliki, oleh setiap golongan rakyat pada harga yang berpatutan, sama ada di Sabah mahupun di Sarawak.
Lalu, bagi mengatasinya, kerajaan telah memberi subsidi kos pengangkutan daripada pembekal kepada peniaga yang menjual keperluan seperti beras, tepung, gula, minyak masak, LPG, Petrol RON 95 dan diesel kepada peduduk di kawasan pedalaman, yang kebanyakannya terletak di Sabah dan Sarawak.
Sebagai contoh, harga beras 10 kilo, yang dahulunya RM40 di Ba'kalalan Sarawak, dengan adanya subsidi ini,kini berharga RM18 sahaja.
Namun, kerajaan menyedari bahawa, masih ada penyeragaman harga barangan yang lain, yang perlu dilakukan di masa hadapan.
Menjengah ke bumi Sabah pula, yang saya baru sahaja lawati dua hari lepas untuk melihat sendiri titik permulaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, satu lagi cerita kejayaan program transformasi ini adalah tentang Encik Patang Saharing dari Tawau.
Saya difahamkan,' beliau telah menubuhkan Spa Pergigian, yang kreatif dan out of box atau berfikir di luar kotak. Spa beliau, menggabungkan khidmat pergigian dalam persekitaran berkonsep spa yang bersuasana santai dan kondusif, sekali gus lari dari stigma yang seringkali kita dengar rasa takut dan trauma apabila hendak berkunjung ke klinik gigi yang biasa. Sebenarnya saya sendiri pun berasa nak tau macam mana pengalaman mencabut gigi di sebuah klinik spa pergigian.
Tapi, apa yang pasti, idea unik saudara Patang Saharing ini men-dapat sambutan yang amat meng- galakkan daripada masyarakat setempat, sehinggakan klinik beliau beroperasi ke tahap kapasiti maksimum setiap hari.
Lebih membanggakan, anak muda ini merupakan hasil kejayaan program Skim Permulaan Usahawan Bumiputera atau SUPERB. Syabas dan tepukan kepada Encik Patang Saharing!
Walau apapun kisah dan ceritera kejayaan serta penghargaan, juga pengiktirafan yang hebat lagi muluk-muluk diterima oleh Malaysia, kesempurnaan hidup dan perjalanannya, tidak akan indah sekiranya kita mengambil sikap mudah berpuas hati terhadap apa yang telah dikecapi.
Perkhidmatan Untuk Rakyat Dipertingkat
Perkhidmatan Untuk Rakyat Dipertingkat-Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
Secara keseluruhannya, pertum- buhan sektor swasta terus berpera- nan sebagai the engine of our economic growth, didorong menerusi pelaburan dan penggunaan. Ini telah mewujudkan sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan baharu dari 2010 hingga 2015.
Jika sebentar tadi, saudara dan saudari, saya telah menyatakan Lima Petunjuk Besar kejayaan NTP sepanjang lima tahun lepas, ingin saya kongsikan lagi dalam pemben- tangan pada malam ini, pelbagai pencapaian lain yang membanggakan.
Jika pada 2010, kerajaan telah mengumumkan komitmen agar perkhidmatan awam ditransfor- masi supaya mutu perkhidmatan kepada rakyat dapat dipertingkatkan.
Hasilnya, sebagai contoh, di 17 buah hospital kerajaan di seluruh negara, setakat ini, tempoh menunggu bagi para pesakit telah ber- jaya dikurangkan sehingga 50 peratus. Ini berupaya memanfaatkan jumlah kira-kira dua juta pesakit.
Pada 2010 juga, kerajaan menjanjikan bahawa kawasan luar bandar akan turut ditransformasi teru- tamanya melalui pembangunan infrastruktur.
Alhamdullillah, seramai 5-5 juta rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan luar bandar kini, dapat menikmati transformasi yang membabitkan kemudahan-kemudahan seperti air, elektrik dan jaringan jalan raya.
Sejak lima tahun lepas juga, hampir tiga juta rakyat dapat meng- gunakan 5,300 kilometer jalan raya baharu yang telah dibina.
Seterusnya lagi, dalam tempoh masa yang sama juga, kira-kira 1.7 juta lagi rakyat mendapat akses kepada air paip yang menyediakan bekalan air bersih kepada lebih 340,000 isi rumah. Manakala, sejumlah RM144.000 isi rumah lain mendapat akses kepada bekalan elektrik 24 jam.
Selain itu, untuk keluarga yang tidak berkemampuan, lebih 82,000 rumah telah siap dibina dan dibaik pulih.
pulih.
Pada 2010 juga, kerajaan telah mengkaji situasi day a huni di bandar atau live ability, bagi ka- wasan Greater Kuala Lumpur, berdasarkan unjuran 10 juta penduduk pada 2020.
Sehubungan itu, kerajaan telah, antaranya memperluas laluan LRT dan menambah kereta api baharu untuk menghubungkan rakyat kepada lebih banyak kawasan.
Contohnya, Fasa l Projek Peluasan LRT Aliran Ampang, dengan pembukaan empat stesen iaitu, di Awan Besar, Muhibbah, Alam Su- tera dan Kinrara BK, memanfaatkan seramai 190,000 pengguna harian.
Manakala, bagi Projek MRT Laluan l dari Sungai Buloh ke Semantan pula, saya dengan berbesar hati mahu melaporkan bahawa, laluan ini dijangka beroperasi mengikut jadualnya, pada akhir Disember 2016, Insya-Allah.
Perkhidmatan ini akan memanfaatkan seramai 400,000 pengguna setiap hari, yang melibatkan penduduk seperti di Damansara, Sungai Buloh, Taman Tun dan Bandar Utama.
Untuk Laluan Penuh Sungai Buloh ke Kajang pula, dijangka beroperasi pada Julai 2017.
Kerajaan sememangnya prihatin dan komited dalam memperting- katkan taraf hidup isi rumah, terutamanya golongan B40,yang acap kali kita ketengahkan.
Maka pada perspektif ini, seandainya, pada pembentangan tahun- tahun lalu, saya membawa percontohan yang menyentuh pemberian dan kejayaan langsung kepada indi- vidu-individu.
Kali ini, saya akan membawa pengkisahan-pengkisahan yang tidak terhenti setakat pemberian kepada individu atau kelompok, namun bagaimana bantuan Kerajaan melalui NTP telah turut ber- jaya mengubah untung nasib dan mentransformasikan mereka serta masyarakat sekeliling.
Pertama sekali, kisah keluarga Chik Azmily bin Che Abdul Aziz, yang dulunya seorang tukang kebun dan buruh harian memetik buah kelapa sawit, dari Kampung Beoh Gunong di Kelantan.
Menerusi program 1AZAM Tani, Che Azmily dibe'ri bantuan peralatan dan bahan-bahan pertanian. Bantuan ini termasuklah benih, baja dan racun serangga untuk mengusahakan tanaman kontan bermusim jangka pendek, seperti timun, ubl, sayur daun dan tem- bikai.
Daripada jualan pertanian ini, beliau juga memulakan penternakan lebah kelulut untuk mendapatkan madunya.
Hasil daripada usaha beliau ini, pendapatan beliau meningkat 10 kali ganda, daripada RM500 kepada RM5,000 sebulan.
Ini satu cerita kejayaan yang patut dijadikan teladan oleh ramai terutamanya kaum tani dan tentunya tepukan tahniah kepada Chik Azmily!
Permisalan selanjutnya pula, tentang kejayaan Encik Manimaran Ekamparam dari Kampar, Perak. Syarikat beliau iaitu M.S Village Foods Sdn. Bhd, berjaya menembusi pasaran yang lebih besar, setelah menerima Pensi- jilan Piawaian Kualiti di bawah Program Makanan Selamat Tanggungjawab Industri, atau MeSTI.
Kini, beliau membekalkan makanan ringan seperti muruku dan kacang, antaranya kepada syarikat penerbangan AirAsia dan Malaysia Airlines. Sekaligus, meningkatkan nilai jualan tahunan syarikatnya, daripada RM1.9 juta pada 2012 kepada hampir RM3 juta pada 2014, Encik Manimaran, kami semua mengucapkan syabas! atau dalam Bahasa Tamilnya, rumber congratulations!
Dalam pada itu, kerajaan juga terus menyokong para usahawan kita untuk mereka berjaya di peringkat yang lebih tinggi, selaraskan dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia negara yang maju.
Mari kita mengambil teladan daripada syarikat ProEight Sdn Bhd, syarikat pengilang kedap dan pam mekanikal, dalam sektor minyak dan gas. ProEight yang diterajui oleh Ir. Azhar Zainal Abidin, sentiasa menekankan amalan ino- vasi dan mendorong pekerjanya untuk menjadi yang terbaik.
Saya dimaklumkan, setelah syarikat ini menyertai misi perdagangan luar negara yang diketuai oleh Malaysian Petroleum Resources Corp,ProEight telah mem- peroleh lebih 20 projek dari Thailand dan seterusnya menubuhkan ProEight Thailand Co Ltd pada tahun lepas.
Kini, syarikat ProEightjuga akan menubuhkan sebuah pusat penyelenggaraan dan baik-pulih di Arab Saudi yang akan diken- dalikan secara usaha sama dengan syarikat Arabian Establishment for Trading, Shipping and Petroleum Works.
Inilah yang kita mahukan, inilah lambang syarikat anak tem- patan yang harus dibanggakan, sehingga sampai meneroka ke pentas global. Tahniah kepada Ir. Azhar Zainal Abidin dan syarikat ProEight Sdn Bhd!
Secara keseluruhannya, pertum- buhan sektor swasta terus berpera- nan sebagai the engine of our economic growth, didorong menerusi pelaburan dan penggunaan. Ini telah mewujudkan sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan baharu dari 2010 hingga 2015.
Jika sebentar tadi, saudara dan saudari, saya telah menyatakan Lima Petunjuk Besar kejayaan NTP sepanjang lima tahun lepas, ingin saya kongsikan lagi dalam pemben- tangan pada malam ini, pelbagai pencapaian lain yang membanggakan.Jika pada 2010, kerajaan telah mengumumkan komitmen agar perkhidmatan awam ditransfor- masi supaya mutu perkhidmatan kepada rakyat dapat dipertingkatkan.
Hasilnya, sebagai contoh, di 17 buah hospital kerajaan di seluruh negara, setakat ini, tempoh menunggu bagi para pesakit telah ber- jaya dikurangkan sehingga 50 peratus. Ini berupaya memanfaatkan jumlah kira-kira dua juta pesakit.
Pada 2010 juga, kerajaan menjanjikan bahawa kawasan luar bandar akan turut ditransformasi teru- tamanya melalui pembangunan infrastruktur.
Alhamdullillah, seramai 5-5 juta rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan luar bandar kini, dapat menikmati transformasi yang membabitkan kemudahan-kemudahan seperti air, elektrik dan jaringan jalan raya.
Sejak lima tahun lepas juga, hampir tiga juta rakyat dapat meng- gunakan 5,300 kilometer jalan raya baharu yang telah dibina.
Seterusnya lagi, dalam tempoh masa yang sama juga, kira-kira 1.7 juta lagi rakyat mendapat akses kepada air paip yang menyediakan bekalan air bersih kepada lebih 340,000 isi rumah. Manakala, sejumlah RM144.000 isi rumah lain mendapat akses kepada bekalan elektrik 24 jam.
Selain itu, untuk keluarga yang tidak berkemampuan, lebih 82,000 rumah telah siap dibina dan dibaik pulih.
pulih.
Pada 2010 juga, kerajaan telah mengkaji situasi day a huni di bandar atau live ability, bagi ka- wasan Greater Kuala Lumpur, berdasarkan unjuran 10 juta penduduk pada 2020.
Sehubungan itu, kerajaan telah, antaranya memperluas laluan LRT dan menambah kereta api baharu untuk menghubungkan rakyat kepada lebih banyak kawasan.
Contohnya, Fasa l Projek Peluasan LRT Aliran Ampang, dengan pembukaan empat stesen iaitu, di Awan Besar, Muhibbah, Alam Su- tera dan Kinrara BK, memanfaatkan seramai 190,000 pengguna harian.
Manakala, bagi Projek MRT Laluan l dari Sungai Buloh ke Semantan pula, saya dengan berbesar hati mahu melaporkan bahawa, laluan ini dijangka beroperasi mengikut jadualnya, pada akhir Disember 2016, Insya-Allah.
Perkhidmatan ini akan memanfaatkan seramai 400,000 pengguna setiap hari, yang melibatkan penduduk seperti di Damansara, Sungai Buloh, Taman Tun dan Bandar Utama.
Untuk Laluan Penuh Sungai Buloh ke Kajang pula, dijangka beroperasi pada Julai 2017.
Kerajaan sememangnya prihatin dan komited dalam memperting- katkan taraf hidup isi rumah, terutamanya golongan B40,yang acap kali kita ketengahkan.
Maka pada perspektif ini, seandainya, pada pembentangan tahun- tahun lalu, saya membawa percontohan yang menyentuh pemberian dan kejayaan langsung kepada indi- vidu-individu.
Kali ini, saya akan membawa pengkisahan-pengkisahan yang tidak terhenti setakat pemberian kepada individu atau kelompok, namun bagaimana bantuan Kerajaan melalui NTP telah turut ber- jaya mengubah untung nasib dan mentransformasikan mereka serta masyarakat sekeliling.
Pertama sekali, kisah keluarga Chik Azmily bin Che Abdul Aziz, yang dulunya seorang tukang kebun dan buruh harian memetik buah kelapa sawit, dari Kampung Beoh Gunong di Kelantan.
Menerusi program 1AZAM Tani, Che Azmily dibe'ri bantuan peralatan dan bahan-bahan pertanian. Bantuan ini termasuklah benih, baja dan racun serangga untuk mengusahakan tanaman kontan bermusim jangka pendek, seperti timun, ubl, sayur daun dan tem- bikai.
Daripada jualan pertanian ini, beliau juga memulakan penternakan lebah kelulut untuk mendapatkan madunya.
Hasil daripada usaha beliau ini, pendapatan beliau meningkat 10 kali ganda, daripada RM500 kepada RM5,000 sebulan.
Ini satu cerita kejayaan yang patut dijadikan teladan oleh ramai terutamanya kaum tani dan tentunya tepukan tahniah kepada Chik Azmily!
Permisalan selanjutnya pula, tentang kejayaan Encik Manimaran Ekamparam dari Kampar, Perak. Syarikat beliau iaitu M.S Village Foods Sdn. Bhd, berjaya menembusi pasaran yang lebih besar, setelah menerima Pensi- jilan Piawaian Kualiti di bawah Program Makanan Selamat Tanggungjawab Industri, atau MeSTI.
Kini, beliau membekalkan makanan ringan seperti muruku dan kacang, antaranya kepada syarikat penerbangan AirAsia dan Malaysia Airlines. Sekaligus, meningkatkan nilai jualan tahunan syarikatnya, daripada RM1.9 juta pada 2012 kepada hampir RM3 juta pada 2014, Encik Manimaran, kami semua mengucapkan syabas! atau dalam Bahasa Tamilnya, rumber congratulations!
Dalam pada itu, kerajaan juga terus menyokong para usahawan kita untuk mereka berjaya di peringkat yang lebih tinggi, selaraskan dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia negara yang maju.
Mari kita mengambil teladan daripada syarikat ProEight Sdn Bhd, syarikat pengilang kedap dan pam mekanikal, dalam sektor minyak dan gas. ProEight yang diterajui oleh Ir. Azhar Zainal Abidin, sentiasa menekankan amalan ino- vasi dan mendorong pekerjanya untuk menjadi yang terbaik.
Saya dimaklumkan, setelah syarikat ini menyertai misi perdagangan luar negara yang diketuai oleh Malaysian Petroleum Resources Corp,ProEight telah mem- peroleh lebih 20 projek dari Thailand dan seterusnya menubuhkan ProEight Thailand Co Ltd pada tahun lepas.
Kini, syarikat ProEightjuga akan menubuhkan sebuah pusat penyelenggaraan dan baik-pulih di Arab Saudi yang akan diken- dalikan secara usaha sama dengan syarikat Arabian Establishment for Trading, Shipping and Petroleum Works.
Inilah yang kita mahukan, inilah lambang syarikat anak tem- patan yang harus dibanggakan, sehingga sampai meneroka ke pentas global. Tahniah kepada Ir. Azhar Zainal Abidin dan syarikat ProEight Sdn Bhd!
Ringgit Capai Tahap Tertinggi
Ringgit Capai Tahap Tertinggi-Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
Walau bagaimanapun, inilah masalahnya, macam mana ada orang yang boleh tuduh dan mengatakan kononnya negara kita akan muflis? Dan membuat jangkaan sesuka hati bahawa ringgit akan jatuh ke nilai 4.8 berbanding dolar Amerika sedangkan, sekarang ringgit sudah mula mengukuh.
Buktinya, tahun ini, ringgit telah mencapai tahap tertinggi pada 13 April 2016 yakni 3.865 berbanding dolar Amerika, atau peningkatan sebanyak li peratus sejak akhir tahun 2015.
Apa yang penting, kita boleh berbangga kerana perkembangan positif tersebut, telah berjaya menjadikan ringgit sebagai mata wang yang mempamerkan prestasi terbaik pada 2016 di rantau Asia ini.
Tambahan pada ini, setakat minggu lepas 22 April 2016 sahaja, saham Bursa Malaysia telah terjual kepada para pelabur luar negara bernilai RM6.4 bilion.
Seperkara lagi yang lebih membanggakan, pada 20 April tahun ini, kerajaan telah berjaya menerbitkan Sukuk Global bernilai AS$1.5 bilion.
Sukacita saya menyatakan bahawa, melalui terbitan sukuk global tersebut, berlaku satu transaksi yang memberangsangkan di mana jumlahnya telah terlebih langgan sebanyak 4.2 kali.
Pada sisi yang lain, bercakap pasal negara kita, baru-baru ini, seperti yang ramai sedia maklum, seorang pendakwah bebas terkemuka dunia bernama Dr. Zakir Naik, dalam menjawab soalan seorang mahasiswi universiti tempatan, menyatakan betapa bertuahnya penuntut perubatan di negara ini kerana yuran yang dikenakan oleh kerajaan sangatlah rendah.
Memetik intisari kata-kata Dr. Zakir, "Di manakah boleh kita dapat negara dalam dunia, yang kos pendidikan pe- rubatannya serendah Malaysia?"
Ini bukan saya yang kata, tapi orang luar yang memuji dan menyebutnya.
Alhamdulillah, secara amnya berasaskan facts and figures, sebetulnya tidak ada pihak yang boleh menafikan bahawa kedudukan ekonomi Malaysia dan tahap sosioekonomi rakyat, adalah baik dan wajar dibanggakan.
Ternyata, dalam lawatan-lawatan rasmi dan tidak rasmi saya, kita dapat lihat ramai rakyat kita kini, se- makin baik kualiti kehidupan mereka. Bahkan tidak keterlaluan, jika disebut secara umumnya, kualiti kehidupan rakyat negara kita, adalah antara yang terbaik di rantau ini.
Misalannya, saya lihat para ibu bapa di bandar-bandar, dapat membawa anak-anak mereka bercuti dan membeli-belah terutama menjelang musim cuti sekolah.
Saya juga diberitahu, semasa MATTA Fair baru-baru ini, penjualan pakej-pakej percutian dan tiket-tiket penerbangan begitu laris sekali. Malah promosi dan jualan hari-hari perayaan, seperti Aidilfitri sudah pun bermula seawal bulan lepas!
Namun demikian, rakyat harus faham, apabila disentuh tentang kos kehidupan secara umum, orang ra- mai seelok dan semoleknya, menga- malkan gaya hidup berhemah, dalam erti kata, wajar berbelanja dengan bijak, mengikut kemam- puan, agar tidak terjebak dalam masalah kewangan peribadi dan ke- luarga yang tidak sepatutnya.
Saya bagi pihak kerajaan, menyeru agar rakyat sentiasa beringat untuk masa depan keluarga dan anak-anak dengan cara menabung dan menyimpan di tabungan- tabungan yang dapat menjana jaminan di hari muka.
Di sinilah terpamer hakikat dan keadaan sosioekonomi sebenar negara dan rakyat Malaysia, bertentangan, dengan apa yang cuba dimomok-momokkan dan dipersepsikan secara negatif, oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sesungguhnya, kebenaran tetap kebenaran, sekalipun ada yang cuba mendusta-dustakannya.
Oleh yang demikian, saudara dan saudari, let us push away the negative and toxic rhetorics, tolak dan tepis segala pandangan yang tidak membina, sebaliknya kerajaan pimpinan saya sekarang, bertekad untuk menumpukan segala agenda dan usaha, demi untuk terus memakmurkan negara dan mensejahterakan rakyat.

Malaysia Ke Status Negara Maju
Malaysia Ke Status Negara Maju-Datuk Seri Najib
Sesungguhnya, bertolak daripada apa yang saya nyatakan tadi, melalui NTP, yang kini mencecah usia lima tahun pelaksanaannya, meski negara berhadapan dengan kemelut ekonomi global, saya ingin memaklumkan, GTP daripada aspek Bidang Keberhasilan Utama Negara, telah mencapai 99 peratus KPI penyampaiannya.
Manakala bagi ETP menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara mencapai ill peratus KPI, serta menerusi Inisiatif Pembaharuan Strategik pula, 108 peratus KPI telah dicapai.
Semestinya, tepukan dan tahniah kita berikan kepada semua kementerian, agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam mencapai prestasi yang cemerlang ini!
Bahkan, seperti yang saya perjelaskan pada laporan tahun lalu, GTP telah melewati horizon atau fasa l dan 2 dan kini kita telah masuk ke fasa seterusnya melalui Rancangan Malaysia Ke-ll, untuk menjulang Malaysia ke status negara maju. Pada sudut lain, ETP akan terus dipacu capaiannya sehingga sampai kepada sasaran-sasaran yang ditetapkan, Insya-Allah.
Sehubungan itu, pada malam berbahagia ini, saya ingin mengutarakan sekurang-kurangnya Lima Petunjuk Besar Kejayaan NTP dalam tempoh sekitar 70 bulan bermulanya dengan Bajet 2010, dalam meletakkan ekonomi Malaysia pada trajektori yang tepat dan berdaya tahan.
• Pertamanya, dari sudut Keluaran Dalam Negeri Kasar atau KDNK. Alhamdulillah, meskipun dalam keadaan ekonomi global yang mencabar sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Malaysia, dengan perancan- gan yang rapi, serta pemantauan yang berterusan, telah mencatat pertumbuhan purata KDNK 5.6
peratus sejak 2010.
Pencapaian pertumbuhan ini sebenarnya harus kita banggakan, kerana rata-ratanya banyak negara di rantau ini, bahkan negara lain di dunia, tak mampu mencapai pertumbuhan sebaik kita. Malahan, tahun 2015, Malaysia antara negara yang mencatatkan pertumbuhan terbaik di ASEAN.
Untuk memudahkan kefahaman rakyat, sebagai perumpamaan, dari sudut ekonomi, KDNK adalah antara petunjuk penting tentang tahap kesihatan sesebuah negara. Makanya, dengan kadar purata 5.6 peratus ini, bolehlah kita katakan, ekonomi Malaysia berada dalam sihat.
Ertinya, hasrat kita untuk men- jadi negara maju, bukanlah sekadar impian tetapi, dengan momentum yang ada kini, Insya-Allah,ia akan menjadi satu kenyataan.
• Petunjuk besar kedua, Disiplin Fiskal. Maksud disiplin fiskal dalam bahasa yang mudah difahami adalah, kebijaksanaan dan kemampuan sesebuah Kerajaan mengawal kedudukan kewangan negara, ter- masuk pengendalian hutang,
Contohnya, secara konsisten, tahun demi tahun, kita telah dapat mengurangkan defisit fiskal Kerajaan, daripada 6.7 peratus pada 2009, kepada serendah 3.2 peratus pada 2015. Sasaran kita untuk mencapai paras 3.1 peratus pada tahun ini pula, mudah-mudahan akan tercapai.
Ertinya, apabila sesebuah negara seperti Malaysia mempunyai disiplin fiskal yang baik, maka, kos pinja- man kita adalah rendah. Lebih penting lagi, keyakinan pasaran akan terus berada pada tahap yang tinggi, berkait kedudukan kredit Malaysia.
• Petunjuk besar ketiga, merujuk kepada Pendapatan Negara Kasar per Kapita. Untuk makluman rakyat, pendapatan negara kasar ini boleh difahami sebagai pendapatan
1 pendapatan terkumpul negara, hasil daripada antaranya, gaji, keuntun- gan syarikat dan pelaburan swasta.
Lantas, ingin dilaporkan baha- wa, berbanding tahun 2010, pendapatan negara kasar per kapita sekitar RM28,000 telah meningkat sebanyak 30 peratus bagi tahun 2015, menjadi lebih RM36,000.
• Selanjutnya, petunjuk besar keempat, ingin saya sampaikan kepada ramai pada malam ini bahawa, buat bulan ke-220 berturut-turut yang dihitung sejak November 1997, Malaysia terus mencatat lebi- han dagangan, yakni, nilai eksport kita melebihi nilai import.
Ini membuktikan bahawa, Malaysia sebagai sebuah negara kecil berekonomi bebas atau a small open economy,tetap kekal berdaya tahan.
Malah, sejak tahun 2010, kita terus mampu mengekalkan prestasi ini di bawah kejayaan NTP, dan pada Februari 2016 sahaja, surplus atau lebihan eksport daripada import Malaysia adalah sebanyak RM7.5 bilion.
• Dan selanjutnya, petunjuk besar kelima, kita rasa bersyukur kerana terus menerima pengikti- rafan badan dan agensi penarafan luar negara. Bahkan, secara keseluruhan kini, Malaysia berbanding tahun 2010, berada di tangga yang lebih tinggi di dalam beberapa penarafan ini.
Sebagai contoh, laporan Ease of Doing Business oleh Bank Du- nia, kita berada di kedudukan ke-2l pada 2010, dan telah naik ke tangga ke-18 pada 2015.
Bagi Global Competitiveness Report oleh World Economic Forum pula, kita berada di tangga ke-26 pada 2010, tetapi hasil usaha gigih kerajaan yang ada kini, Malaysia telah berjaya ditempatkan pada tangga ke-18 pada 2015.
Bahkan kita juga sekarang berada di tangga kesembilan.dan men- jadi satu-satunya negara emerging market yang tersenarai dalam top- 10, bagi Financial Market Development oleh World Economic Forum Global Competitiveness Ranking 2015-2016.
Jelas sekali, melalui apa yang saya sampaikan, bagaimana mung- kin sesiapa dapat menyangkal fakta-fakta dan nombor-nombor yang telah dipersahihkan, diperakukan dan diiktiraf oleh sekian banyak penaraf-penaraf berwibawa.

Perbezaan Ideologi Bukan Penghalang Penyatuan Melayu
Tidak hairanlah bila selalu sahaja keluar kenyataan daripada pemimpin PAS tertentu bahawa PAS hanya akan mempertimbangkan keijasama politik dengan UMNO jika UMNO mengubah perlembagaan- nya dengan menjadikan Islam sebagai dasar peijuangannya.
Tidak dinafikan bahawa nama UMNO ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dengan pengenalan rasmi sebagai 'sebuah parti politik yang beijuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara'.
Pada masa sama, perlembagaan UMNO menggariskan dengan jelas dan tegas bahawa salah satu asas dan tujuan utama UMNO ialah untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.
Sebab itulah dalam banyak ucapan dasar Presiden UMNO, khususnya setelah Datuk Seri Najib Razak mula menerajui UMNO pada tahun 2009, sering ditegaskan mengenai aspek peijuangan Islam UMNO ini, termasuklah dalam Perhimpunan Agung UMNO 2015. Najib dalam ucapan beliau itu menyebuan ko- mited sepenuhnya untuk memperkembang dan mempertinggikan syiar Islam di Malayshinggt ia aka sebuah negara Islam yang digelar 'baldatun tayyibatun warabbun ghafur' akan terbangun dan terwujud di negara ini.
Perjuangan asal PAS
Dalam konteks ini, tiada bezanya ucapan Najib ini dengan ikrar perwakilan Mesyuarat Agung Tahunan PAS 1957 untuk terus beijuang dengan hasrat kebangsaan Melayu hingga berdirilah sebuah negara Islam 'baldatun tayyibatun warabbun ghafur' di tanah air kita ini.
Jika istilah 'kebangsaan Melayu' yang menjadi masalah kepada PAS, maka apakah ini bermakna pemimpin PAS menolak peijuangan asal PAS yang dibawa oleh Datuk Dr Bu- rhanuddin al-Helmy, Datuk Profesor Zulkiflee Muhammad dan Tan Sri Mohd Asri Muda?
Dr Burhanuddin di dalam ucapan dasar Mesyuarat Agung Tahunan PAS 1957 umpamanya menegaskan bahawa "saya dan PAS adalah berisi, bersifat, berbau 'kebangsaan Mela- yu' dengan 'cita-cita Islam'", bermaksud kebangsaan Melayu tidak bercanggah dengan Islam.
Zulkiflee selaku Timbalan Presiden PAS pula meminda perlemba- gaan PAS dengan memasukkan 'me- ngembalikan, mempeijuangkan dan memelihara hak kepentingan bang- sa Melayu sebagai Bumiputera' sebagai tujuan PAS di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS 1963.
Perjuangan kebangsaan Melayu PAS ini tersemat kemas di dalam perlembagaan PAS sehinggalah ia di- buang oleh Mesyuarat Agung Tahunan PAS 1971, bukan kerana ia bercanggah dengan Islam tetapi kerana ia bercanggah dengan Akta (Pindaan) Perlembagaan (Persekutuan), 1971.
Begitupun, sejak tahun 2010, pen- dirian PAS mengenai perjuangan kebangsaan Melayu ini telah kembali menjadi positif di mana perubahan ini tertera di dalam kandungan kertas kerja Majlis Syura Ulama' PAS bertajuk 'Tahaluf Siasi: Garis Panduan dari Perspektif Islam'.
Kertas keija Majlis Syura Ulama PAS ini menegaskan: "Jika kepentingan umat Islam dalam konteks Malaysia dapat direalisasikan dalam bentuk hak-hak ketuanan Melayu justeru pada hari ini bangsa Melayu adalah Islam, maka ketuanan Melayu perlu dipertahankan dan dijaga."
Selepas penegasan ini diulang beberapa kali, ia menyebut: "Mempertahankan kaum yang diharamkan oleh Islam yang dikenali sebagai asabiyyah tidak termasuk di dalam ka- tegori ini kerana definisi asabiyyah itu ialah menolong kaum sendiri sekalipun atas dasar kezaliman."
Saranan Dr Zakir
Bila PAS melalui badan tertingginya sudah secara rasmi menerima kembali perjuangan kebangsaan Melayu UMNO maka apakah lagi halangan untuk PAS dan UMNO membentuk keijasama politik di dalam bentuk kerajaan campuran seperti mana dianjurkan oleh Dr Zakir Naik?
Isu ideologi ini tidak sepatutnya timbul lagi apabila Jawatankuasa Ta- ijih yang dibentuk oleh perjunipaan ulama PAS pada 14 Disember 1972, termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Yahya Othman, menghukumkan kerajaan campuran PAS-Perikatan sebagai harus.
Pemimpin PAS pada waktu itu termasuk Nik Abdul Aziz, Datuk Hasan Adli Arshad dan Amaluddin Darus ternyata realistik di dalam pandangan mereka bahawa menyertai kerajaan campuran adalah kaedah terbaik untuk membolehkan PAS berkongsi memerintah negara.
Tidak benar jika penyertaan PAS dalam kerajaan campuran PAS-Perikatan pada 1973 adalah di atas kehendak Mohd Asri semata-mata kerana kerajaan campuran ini dan penyertaan PAS di dalam BN pada 1974 sebenarnya didokong penuh oleh Dewan Ulama PAS Pusat.
Malah, bukan sahaja sewaktu PAS berada di bawah pimpinan Mohd Asri usaha membentuk kerajaan campuran ini dibuat malah sewaktu PAS berada di bawah pimpinan Dr Burhanuddin dan Datuk Fadzil Mohd Noor juga ia turut berlaku, malah di atas cadangan PAS sendiri pula.
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 18 dan 19 Ogos i960 di bawah pimpinan Dr Burhanuddin pernah bersetuju mengajak Parti Negara (PN) membentuk kerajaan campuran PAS-PN untuk menyelamatkan kedudukan kerajaan PAS di Terengganu pada waktu itu.
Sewaktu kerajaan PAS di Kelantan berdepan masalah selepas perpecahan PAS-S46, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 17 November 1996 di bawah pimpinan Fadzil pernah bersetuju merunding- kan pembentukan kerajaan campuran dengan UMNO di Kelantan.
Pembentukan kerajaan campuran PAS-PN di Terengganu tidak terhasil ekoran penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri PN, Ismail Abas, ke dalam PAS, begitu juga pembentukan kerajaan campuran PAS-UMNO di Kelantan ekoran ketidaksetujuan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Apa yang penting ialah jika dakwaan perbezaan ideologi antara PAS dan PN atau UMNO, yang kedua- duanya adalah parti kebangsaan Melayu, tidak menghalang PAS dari- pada membentuk kerajaan campuran dengan mereka dahulu, mengapa pula ia boleh menghalang PAS sekarang?
Penulis
ialah Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dan Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia
Malas Berfikir Samalah Malas Berusaha
Sikap suka menyalahkan kerajaan hanya melambangkan peribadi malas berfikir.
Konteks ilmu membayangkan seseorang yang rajin berfikir akan mencari punca kelemahan diatas pekara yang berlaku supaya sama-sama meluahkan pendapat agar dapat diperbaiki segala kelemahan.
Malas berfikir samalah dengan malas melakukan sesuatu untuk mutu kehidupan diri.Orang-orang macam ini lebih suka melihat dan tunggu apa keuntungan yang datang keriba diatas usaha orang lain.
Jika tidak memberi sebarang keuntungan kepada dirinya mulalah menidakan apa yang orang lain buat.
Begitulah rakyat Malaysia hari ini,suka mencari salah kerajaan walau pun dirinya juga pemimpin kepada keluarga sendiri.

Kerajaan Tarik 20 MNC Lagi Tubuh Hab Utama
KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan untuk membawa masuk 20 buah lagi syarikat multinasional (MNC) bagi mewujudkan hab utama mereka di Malaysia pada tahun ini susulan pelaburan berjumlah RM7.31 bilion yang diperoleh daripada 12 MNC setakat ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata 12 MNC tersebut terlibat dalam sektor aeroangkasa, elektrik dan elektronik, makanan dan minuman, industri berasaskan sumber dan kejuruteraan.
Beliau berkata 20 buah MNC lagi sedang menunggu kelulusan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
"Ia merupakan kumpulan campuran MNC, syarikat kecil dan besar dari pelbagai sektor termasuk elektrik dan elektronik, minyak dan gas, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.
Mustapa berkata hab utama itu akan membolehkan syarikat menyediakan pusat kepada pelanggan mereka melalui peluasan aktiviti pengedaran mereka yang lancar, selain tanggungjawab pengurusan yang lain.
Ini termasuk pembangunan keupayaan, pengurusan pelanggan, pengurusan tenaga kerja dan bentuk penghantaran dan pematuhan yang standard.
Skim itu, yang memberi kelonggaran pada lokasi di seluruh negara, mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi selain memberi hasil pengeluaran yang lebih baik kepada MNC, dengan kecekapan yang lebih baik, menjimatkan kos dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja tidak mahir.
Terdahulu, Mustapa mengumumkan penubuhan hab utama oleh JCY Group, antara pengeluar komponen pemacu cakera keras yang terbesar di dunia, di Johor.
Berperanan sebagai pusat perolehan global kumpulan itu, hab utama mengawal fungsi rantaian bekalan yang sebelum ini dilaksanakan oleh entitinya di Singapura, Kepulauan British Virgin, Mauritius, Thailand dan China.
JCY, syarikat senaraian awam yang pertama menyertai inisiatif hab utama, mencatatkan perolehan sebanyak RM1.9 bilion pada tahun lepas, manakala permodalan pasaran semasanya bernilai RM1.4 bilion.

Bank Rakyat Sumbang Van Jenazah
ALOR SETAR: Bank Rakyat menyampaikan sumbangan zakat berbentuk sebuah van jenazah kepada Masjid Al Rahmah, Mergong di sini bagi memudahkan urusan pengebumian penduduk di sekitar kariah berkenaan.
Van bernilai lebih RM120,000 diserahkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah kepada pengerusi masjid tersebut, Mohd Shahbuddin Itam, yang disaksikan oleh Naib Presiden Kanan Pengurusan Kualiti Bank Rakyat, Saliman Zainal.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Bank Rakyat kerana memilih masjid ini untuk menerima sumbangan yang saya rasa cukup berharga kepada penduduk di sini.
"Diharap sumbangan ini akan memudahkan lagi pengurusan jenazah dan dapat dimanfaatkan penduduk setempat," kata Ahmad Bashah ketika berucap pada majlis penyerahan van itu, di sini, Jumaat.
Katanya selain untuk urusan pengebumian jenazah, van tersebut juga boleh digunakan untuk tujuan membawa penumpang terutamanya anggota jawatankuasa masjid untuk kerja kebajikan dan sosial kepada masyarakat setempat.

Maybank Sasar Jualan RM200 Juta Sempena MSAM 2016
TAPAH: Maybank menyasarkan jualan sebanyak RM200 juta pada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2016 yang berlangsung sehingga Khamis depan berbanding 115 juta pada MSAM 2015.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata pihaknya menjangkakan segmen pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bakal menjadi penyumbang terbesar dalam memenuhi sasaran tersebut.
Selain ASB, katanya, Maybank juga menawarkan produk kad kredit yang merupakan antara produk yang menerima permohonan tinggi setiap tahun selain pembiayaan sewa beli.
Ditanya sama ada ketika ini merupakan waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti pelaburan memandangkan keadaan ekonomi negara yang masih tidak menentu, Abdul Farid berkata Maybank sentiasa memberi galakan kepada orang ramai untuk terus melabur dalam produk yang ditawarkan.
"Dari segi pelaburan, tidak ada istilah masa tertentu yang diperlukan untuk melabur. Setiap masa adalah masa terbaik untuk mula membuat pelaburan jadi tidak perlulah tunggu.
"Ini yang kita cuba lakukan di MSAM 2016 iaitu untuk memupuk kesedaran mengenai kepentingan melabur," katanya ketika ditemui di pameran MSAM 2016 di sini, Jumaat.
Dalam pada itu, katanya, Maybank turut mempromosikan inovasi terbaharu penggunaan 'Quick Balance', selari dengan perubahan gaya hidup pelanggan khususnya melibatkan perbankan Internet yang lebih mudah dan pantas.
"Hanya telefon pintar yang menggunakan cap jari ciri-ciri keselamatan biometrik sahaja boleh mengakses penggunaan 'Quick Balance pada aplikasi Maybank2U (M2U) untuk mengetahui baki dalam akaun," katanya sambil menambah aplikasi itu mendapat maklum balas positif daripada pelanggan.
Sementara itu Abdul Farid berkata, Maybank akan menggandakan promosi kemudahan elektronik e-Duit Raya melalui Maybank2u bagi menggalakkan pelanggan memberi duit raya melalui saluran elektronik pada musim perayaan.
Kemudahan tersebut yang buat kali pertama diperkenalkan pada Julai tahun lepas, sempena Hari Raya Aidilfitri, kurang mendapat sambutan disebabkan waktu promosi yang terhad.
Namun, katanya, pada perayaan Tahun Baru Cina tahun ini, kemudahan tersebut mencatat penggunaan pelanggan yang memberangsangkan iaitu kira-kira 16,000 transaksi.
"Kemudahan elektronik e-Duit Raya bukan hanya sempena musim perayaan sahaja, malah jika kita tertinggal dompet dan memerlukan wang, kita hanya perlu meminta keluarga kita melakukan transaksi wang menerusi kemudahan itu dengan hanya menggunakan telefon bimbit sebelum pergi ke ATM berdekatan untuk mengeluarkan wang tanpa kad," katanya.
Beliau berkata ketika ini sudah ramai pelanggan bank itu yang menggunakan kemudahan elektronik perbankan tanpa tunai tersebut dengan purata 5,000 transaksi bulanan direkodkan.-- Bernama

Syarikat ICT Dan Pertahanan Turki Mahu Cari Rakan Kongsi
KUALA LUMPUR: Lebih 20 syarikat teknologi tinggi utama dari dua bandar teknologi di Turki dengan pengalaman dalam kluster pertahanan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mahu mencari rakan kongsi perniagaan berpotensi di sini pada 10 dan 11 Mei.
Syarikat-syarikat perkakasan dan perisian ini daripada taman teknologi Bilkent Cyberpark and ODTU Teknokent akan menjadi sebahagian daripada rombongan delegasi yang diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Rendah Kementerian Pengangkutan, Hal Ehwal Maritim dan Komunikasi Turki, Galip Zerey, dan disertai Pengerusi Pihak Berkuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi Turki Omer Fatih Sayan.
Kunjungan itu diselaraskan oleh Pejabat Kaunselor Komersial Kedutaan Turki di sini.
Syarikat-syarikat daripada bandar teknologi ini telah menjalankan analisis penyelidikan dan mendapati agensi dan syarikat Malaysia boleh mendapat manfaat daripada pengalaman mereka dalam keselamatan siber, aplikasi data, penyelesaian e-kerajaan, penyelesaian komunikasi antara mekanikal dan penyelesaian industri pertahanan.
Delegasi itu dijangka bertemu dengan beberapa agensi dan organisasi utama Malaysia seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia dan Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia.
Bersempena dengan lawatan itu, Forum Perniagaan Global Malaysia (MBGF) akan mengadakan program padanan perniagaan pada kedua-dua hari tersebut.
Pengarah Urusan MBGF, Nordin Abdullah berkata, program itu akan membolehkan syarikat Turki mengetahui dengan lebih baik lagi keperluan bakal rakan kongsi perniagaan mereka dari Malaysia.
Malaysia dan Turki memeterai perjanjian perdagangan bebas tahun lepas untuk menghapuskan duti bagi 70 peratus daripada produk.
Perdagangan dua hala tahunan antara kedua-dua negara dianggarkan berjumlah US$1 bilion (US$1 = RM3.89).
Bilkent Cyberpark merupakan satu daripada taman teknologi pertama dan perintis di Turki.
Setakat ini, terdapat 220 syarikat berteknologi tinggi beroperasi di taman itu, kebanyakannya adalah dalam bidang ICT.
Sebagai taman teknologi dan inkubator utama di Turki, ia menyediakan pelbagai program untuk membantu mengantarabangsakan proses syarikat penyelidikan dan pembangunan (R and D) negara itu.
ODTU Teknokent, yang menjadi taman teknologi pertama dan paling inovatif di Turki menyediakan prasarana kontemporari kepada penyelidik dan syarikat yang membangunkan dan menghasilkan teknologi untuk meningkatkan daya saing antarabangsa Turki.
Ia mempunyai 320 syarikat penyewa dengan lebih 5,000 kakitangan, yang mana 90 peratus adalah pekerja mahir.
Ia juga memiliki kawasan tertutup seluas 120,000 meter persegi yang dikhususkan bagi operasi R and D.

Pasaran Wang Akan Stabil Minggu Depan
KUALA LUMPUR: Pasaran wang Malaysia dijangka kekal stabil minggu depan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) meneruskan campur tangan bagi mengurus lebihan kecairan.
Bank Pusat itu dijangka menjalankan tender harian untuk mengurangkan lebihan mudah tunai daripada pasaran kewangan.
Untuk minggu baru berakhir, BNM campur tangan setiap hari untuk menyerap lebihan dana dengan menjalankan beberapa tender, iaitu pasaran wang konvensional, Qard, repo dan program Murabahah komoditi.
Pada Jumaat, tindakan bank pusat itu membantu mengurangkan lebih kecairan pasaran dalam sistem konvensional kepada RM25.522 bilion berbanding RM31.046 bilion sebelum ini.
Kecairan pasaran dalam sistem Islam jatuh kepada RM5.778 bilion berbanding RM12.812 bilion sebelum ini.
Kadar semalaman kekal pada 3.21 peratus manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing pada 3.30 peratus, 3.35 peratus dan 3.39 peratus.
Sementara itu, penanda aras kadar antara bank tiga bulan kekal tidak berubah seperti Jumaat lepas pada 3.70 peratus.

Menggigil Lihat Mayat Bapa
Saya mendapat panggilan daripada ibu yang rmemberitahu bapa kemalangan dan minta saya segera ke tempat kejadian.
Perasaan saya luluh melihat tubuh bapa terbaring berlumuran darah di atas jalan dan ditutup dengan kain. Badan saya menggigil dan lemah lutut kerana tidak sangka bapa terbunuh," kata Chew Jiun Keat, 49.
Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, bapanya, Chew Ah Yab, 76, maut di tempat kejadian akibat cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan ketika sedang berjoging.
Terima panggilan ibu
Jiun Keat ketika ditemui memberitahu menerima panggilan daripada ibunya ketika baru sampai di tempat keija di Sungai Petani, sebelum bergegas ke lokasi untuk melihat keadaan bapanya itu.
"Suara ibu ketika itu cemas dan dia hanya maklumkan bapa kemalangan dan minta saya segera pergi melihat bapa. Sebaik sampai saya nampak mayat seorang lelaki masih di tengah jalan dengan seluruh tubuh dan kepalanya berselimut serta banyak darah keluar dari bahagian kepalanya.
"Saya amat terkejut dan sedih sebaik tahu itu mayat bapa sehingga tidak terdaya menghampirinya kerana tubuh saya menggigil dan terasa lemah," katanya.
Keluar joging
Jiun Keat berkata, bapanya gemar beriadah dan memang menjadi rutin harian baginya untuk keluar seawal jam 6 pagi setiap hari untuk berjoging dan akan pulang ke rumah sejam kemudian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, mengesahkan mangsa yang ketika itu sedang melintas jalan, maut dirempuh sebuah kereta dipandu pelajar berusia 21 tahun yang ketika itu dari arah Gurun menghala Sungai Petani.
"Hasil siasatan awal, kita dapati kereta berkenaan tidak sempat mengelak mangsa yang berada di tengah jalan sebelum merempuhnya, menyebabkan warga tua itu maut di tempat kejadian.
"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

690,000 Rakyat Malaysia Tak Pernah Bayar PTPTN
Bukit Mertajam: Seramai 690,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tersenarai dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), tidak pernah membayar balik pinjaman pendidikan.
Sehingga kini, seramai 1.25 juta peminjam PTPTN tersenarai dalam CCRIS.
Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata tindakan memasukkan senarai nama peminjam dalam CCRIS bukan untuk menyenarai hitam mereka, tetapi ia adalah sistem rujukan kredit bagi rekod bayaran semula hutang.
"PTPTN terpaksa mengambil tindakan agresif untuk mendisiplinkan peminjam membayar semula pinjaman pendidikan.
"Malah, rekod 1.25 juta peminjam ini sudah sedia ada dalam CCRIS sebelum PTPTN menge- luarkan senarai ini dan ia dipercayai atas komitmen hutang lain membabitkan peminjam sama," katanya selepas Majlis Pelancaran SSPN-i Plus di sini, semalam.
Mahu peminjam berdisiplin
Shamsul Anuar berkata, pihak- nya mahu peminjam lebih berdisiplin dengan membayar semula pinjaman, supaya PTPTN mampu memberikan pinjaman pendidikan kepada pelajar baharu.
Katanya, kegagalan peminjam membayar balik menyebabkan PTPTN kekurangan dana seba- nyak RM300 juta pada 2014.
"Berikutan itu, PTPTN terpaksa mengurangkan sebanyak 50,000 daripada 200,000 peminjam baharu yang dipilih, seperti mana pada tahun-tahun sebelumnya.
"Setiap tahun PTPTN memerlukan RM5 bilion untuk dijadikan pinjaman pendidikan kepada pelajar baharu," katanya.
Beliau turut menasihatkan peminjam yang sudah menamat- kan pengajian supaya menjadikan bayaran balik PTPTN sebagai keutamaan berbanding hutang lain.
Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata, PTPTN mensasarkan sebanyak 30,000 akaun baharu bagi skim SSPN-i Plus dibuka menjelang hujung tahun ini, selain mensasarkan jumlah simpa- nan RM2 bilion dikumpul menerusi pelan sama menjelang tahun 2020.
"Sejak diperkenalkan pada Jun tahun lalu, sebanyak 7,237 akaun SSPN-i Plus dibuka membabitkan jumlah simpanan bernilai RM534,870," katanya.
-Berita Harian

Hanya Khidmat Ihlas Boleh Menang
Hanya perkhidmatan ikhlas tanpa melihat latar belakang kaum yang akan meraih sokongan dan mengukuhkan lagi kedudukan Umno, kata naib presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Dr Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri meminta semua pemimpin Umno yang dipilih rakyat supaya tidak bersikap selektif dan berkhidmat untuk semua, tanpa mengira fahaman politik.
"Sebagai wakil yang dipilih kita diamanahkan oleh rakyat untuk berkhidmat dan mewakili mereka. Amanah tidak boleh dibeli dengan wang.
"Kita hanya boleh memenangi hati dan minda mereka dengan sentiasa berada berada bersama-sama dengan mereka," katanya pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Padu Rakyat Dungun di sini pada Sabtu.
"Kita perlu melakukan yang terbaik untuk rakyat dan itulah sebabnya kita semua berada di sini," katanya.

Wanita Maut Dihempap Pokok
Seorang wanita maut selepas dihempap pokok yang tumbang ke arah gerainya di Teluk Senangin, di sini, Jumaat.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata insiden pukul 12 tengah hari itu menyebabkan Normadiah Adrus, 54, meninggal dunia di tempat kejadian berikutan cedera parah di kepalanya.
Mayat mangsa dibawa ke bilik mayat Hospital Manjung dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Abd Latif Ahmad Nawawi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.04 tengah hari dan menghantar sepasukan anggota ke lokasi.

Guru Terpijak Ular Dikejarkan Ke Hospital
Seorang guru wanita dikejarkan ke hospital selepas terpihak seekor ular di bilik stor sekolah pada tengah hari, Khamis.
Walaupun kaki kirinya kebas selepas insiden itu, doktor di Hospital Sultanah Bahiyah mengesahkan beliau tidak dipatuk reptilia itu.
Kejadian di Sekolah Kebangsaan Mergong itu, guru berusia 23 tahun itu masuk ke bilik stor untuk mengambil barang keperluan mengajar apabila terpijak ular sawa burung.
Terkejut melihat ular berwarna hijau itu, dia berlari keluar dari stor itu dan memberitahu rakan setugasnya yang segera membawanya ke hospital.
Petugas keselamatan sekolah itu berjaya membunuh ular berkenaan.
Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kota Setar, Sarjan Mohd Redza Mohd Rais berkata, panggilan kecemasan diterima dan anggotanya telah diarah untuk ke tempat kejadian.
"Sebaik tiba, ular itu sudah mati," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, guru berkenaan mendapat rawatan kecemasan di hospital berkenaan.
"Dia dalam keadaan stabil tanpa sebarang kesan dipatuk pada kaki.
"Guru berkenaan masih dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut selepas mengadu kakinya kebas," katanya sambil menambah guru berkenaan telah dibenarkan pulang pada Jumaat.
Pada Rabu, murid Tahun Satu SK Datuk Hashim 1 Kota Baru, Kelantan, Nuriey Nadhirah Roslan meninggal dunia akibat dipatuk ular di kawasan sekolahnya.

Ayah Pin Meninggal Dunia
Pengasas ajaran sesat, Ariffin Muhamad atau Ayah Pin, 74, meninggal dunia di rumahnya di Hulu Besut, Terengganu pada Jumaat malam.
Pemimpin utama 'Kerajaan Langit' yang pernah menggemparkan negara menerusi ajarannya itu menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 malam itu.
Ayah Pin menjadi terkenal apabila mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan segala agama manakala pengikutnya pula menganggapnya sebagai tuhan yang menerima wahyu dari Langit.
Berikutan itu, pihak berkuasa agama menyenaraikan ajaran Ayah Pin sebagai sesat dan Pejabat Tanah Daerah Besut merobohkan beberapa premis di kampungnya bagi mengawal aktiviti di situ.

Kerana Dendam Sanggup Pikul Title ”Maha Firaun”
Saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanyalah sebagai usaha menjatuhkan maruah Perdana Menteri sekaligus cubaan beri gambaran buruk kepada rakyat dan negara luar.
Tindakan Tun Dr Mahathir, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas Anggota Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin hanya satu cubaan memalukan Datuk Seri Najib setelah pelbagai cara untuk menjatuhkan beliau tidak berjaya.
Dr Mahathir,Khairuddin Abu Hassan,Anina Saadudin ,memfailkan saman terhadap Najib selaku defendan berhubung dakwaan salah laku membabitkan1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai alasan untuk memburukkan imej Perdana Menteri yang tidak mudah tunduk kepada telunjuk bekas perdana 22 tahun itu.
Tindakan menyaman dilihat sebagai langkah atau senjata terakhir musuh pemimpin tertinggi UMNO setelah segala fitnah digunakan tidak berkesan.
Malu dengan usaha sia-sia atau sokongan tidak berpihak sanggup pula berhabisan wang ringgit untuk mengaibkan Datuk Seri Najib dimata rakyat.
Bukan sahaja sanggup bekerjasama dengan DAP yang dahulu dicaci sebagai sebuah parti rasis,namun demi matlamat dendam sanggup pula melakukan pekara tidak bermaruah seperti jilat kahak hijau dikaki musuh ketika digear MAHA FIRAUN.
Saranan Dr Zakir Naik Diterima Baik PAS,UMNO
Kepimpinan PAS masih berbelah bagi berhubung saranan pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik agar PAS dan UMNO bergabung dalam kerajaan campuran.
Manakala sebahagian daripada pemimpin PAS berpegang teguh dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang bersidang pada 2 Januari 2016 bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Barisan Nasional.
Berbeza pula suara Dewan Ulama PAS yang sentiasa terbuka untuk berbincang dengan Datuk Seri Najib yang juga Presiden UMNO.
Majlis Syura Ulama sepatutnya ambil positif dengan makna hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia yang lain sebagai lorong penyatuan dua parti orang Melayu sekali gus Islam juga turut bersinar diatas Ukhuwah Islamiyah.
Pemimpin UMNO menyambut baik seruan pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik agar UMNO dan PAS bergabung.
Mengambil Faham dari makna berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah,UMNO melalui kepimpinan menghulur salam perpaduan kepada PAS bukan untuk menambah kuasa yang sedia ada sebaliknya mahu berkongsi kuasa agar PAS mempunyai kedudukan dan bukan menjadi alat pertahanan kepada PKR dan sebelumnya alat pertahanan kepada DAP.
Jika benar PAS sebuah parti yang berpegang kepada dasar Islam yang berpokok kepada pekara kebaikan dan ketakwaan sudah tentu cerdik pandai dalam PAS dapat memahami apa maksud tolong menolong dalam pekara kebaikan dan ketakwaan.
PAS dilihat hanya mencari untung dengan persekutuan demi rakyat setelah lama melalak ke hulu dan ke hilir demi mendirikan sebuah negara Islam yang akhirnya ditendang sendiri kerana dijerat DAP.
Bekerjasama dan tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan tanpa ada gabungan pasti tidak akan berlaku satu sentuhan rasa keyakinan antara pemimpin dua pertubuhan.
Jika Majlis Syura Ulama PAS mengambil kira kesilapan UMNO sebagai halangan parti itu untuk bergabung bagaimana pula dengan kesilapan PAS kerana tiada manusia atau pemimpin di alam ini tidak melakukan kesilapan atau kesalahan.
Saranan pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik agar PAS dan UMNO bergabung pasti ada satu hikmah tersirat yang sukar dibaca pancaindra kebanyakan manusia yang sukar membezakan hitam dan gelap.
Firman Allah “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”(Surah Al-Baqarah ayat 216)
Mengambil Iktibar ayat 216 al-Baqarah yang penuh hikmah,mengapa tidak mahu bergabung sedangkan Allah sedia membantu jika hambanya ingin berubah.
Masa lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria, dengan memperbaiki segala kelemahan sekarang.
Pemimpin PAS yang menolak gabungan bersama UMNO tidak perlu berpaksi ego semata -mata,kerana pendapat ramai lebih normal untuk diterima pakai demi masa depan serta kebajikan bersama.
Naib Presiden PAS Idris Ahmad pula menyifatkan seruan Dr Zakir sebagai pandangan orang luar.
Nampak sangat ego Naib Presiden PAS malah bertentangan dengan bahasa Islam itu saudara.
Pendirian PAS jelas bahawa tidak timbul soal kerajaan campuran UMNO-PAS dan ia tidak akan berlaku,kata Idris Ahmad.
Nampak sangat jahilnya Idris Ahmad yang berkata seolah-olah Allah tidak berkuasa merubah keputusan yang dibuat manusia.
Manakala itu , Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh kelihatan lebih cerdik daripada Idris Ahmad apabila memilih jalan perbincangan harus dibuat terlebih dahulu sebelum membuat kata putus.
Kata Timbalan Ketua Dewan Ulama,kena tanya dia (Dr Zakir). Kalau kenyataan Najib saya akan komen. Setakat ini kita tak ada komen, nanti kita akan bincang dengan Najib dulu.
Pemimpin dan rakyat yang terbuka luas akalnya pasti mendoakan yang terbaik diatas usaha penyatuan dua parti orang Melayu bukanya berkeras dengan hukum rimba.
Risikan terkini,gabungan PAS dan UMNO akan berlaku juga selewat-lewatnya 6 atau 3 bulan sebelum PRU14,berikutan lebih 50% pemimpin PAS sendiri mahu pengukuhan perjuangan berlaku setelah mengambil contoh sikap pengundi bukan Melayu yang dahulunya bersama MCA,Gerakan kini bersama-sama mengukuhkan DAP.
Sumber-hotkelate.tv-Url-http://www.hotkelate.tv/umno-dan-pas-sahutlah-saranan-dr-zakir-naik/

Ayam Stress Sebab El Nino,Pemakan Stress Sebab Ayam Stress
KUALA LUMPUR, 21 April — Bukan hanya manusia, malah ayam juga turut terkesan dengan cuaca panas El Nino, demikian menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Ahmad Shabery berkata cuaca panas yang melanda negara kini menyebabkan ayam mengalami ‘stress’ yang menyebabkan proses pembesarannya terbantut.
“Ini boleh berlaku apabila ada penternak ayam yang masih menggunakan kaedah lama iaitu kaedah reban terbuka.
“Apabila suhu tinggi, kadar stress ayam akan meningkat contohnya daripada 38 hari menjadi 40 hari untuk mencapai berat tertentu,” katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Engku Naimah Engku Taib sama ada bekalan ayam dan daging terjejas akibat cuaca panas terutama menjelang bulan Ramadan.
Menurut Ahmad Shabery, keadaan cuaca panas akan menyebabkan pengeluaran ayam berkurangan antara lima hingga 10 peratus.
“Apabila bekalan ayam berkurangan, kita bimbang rakyat pula akan stress,” katanya.
Bagi menangani keadaan itu, beliau berkata penternak ayam kini lebih banyak menggunakan kaedah reban tertutup yang membolehkan suhu di dalam reban dikawal.
“Untuk menghadapi bulan puasa, semua keperluan telah diatur, bermula sekarang kadar penetasan ayam telah ditambah. Jika bekalan masih belum mencukupi, kementerian bersedia mengimport ayam bagi memastikan harganya
stabil,” katanya.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam laporan media sebelum ini memaklumkan Fenomena El Nino, yang menyebabkan Malaysia kini mengalami panas terik dan kemarau, dijangka berakhir pada Jun ini. — Bernama
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/ayam-stress-akibat-el-nino-bekalan-terjejas-hingga-10-peratus#sthash.Q1bMdFsG.dpuf

Pakej Jalur-Lebar 10Mbps Pada Harga RM145 Sebulan
Celcom Home Broadband menawarkan kelajuan sehingga 10Mbps dengan tanpa had kuota pada harga langganan RM145 sebulan. Menariknya, Celcom menawarkan diskaun sehingga 50% untuk pelanggan FIRST Platinum dan FIRST Gold untuk tempoh 6 bulan pertama. Ini sekaligus membolehkan para pengguna menikmati pakej ini pada harga RM72.50 untuk pakej 10Mbps.
Seperti biasa, Celcom menyediakan modem percuma dengan langganan pakej jalur-lebar, dan pelanggan tertakluk untuk kontrak langganan selama 24 bulan. Celcom hanya menawarkan modem secara percuma untuk tempoh terhad sahaja, dan sekiranya tidak, pelanggan akan tertakluk kepada bayaran RM10 sebulan.
Buat masa ini, Celcom Home Broadband hanya ditawarkan untuk pelanggan di kawasan sekitar Lembah Klang sahaja. Menurut Celcom, mereka akan menawarkan pakej yang lebih pantas dan turut akan memperluaskan ia kepada lebih kawasan tidak lama lagi.
https://amanz.my/2016110146/

El Nino:Sekolah di Pahang,Perli Tutup Esok
Semua sekolah di negeri Perlis, daerah Jerantut dan Temerloh di Pahang ditutup esok berikutan cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino yang melanda negara sekarang.
Kementerian Pendidikan berkata pemantauan terhadap cuaca kering dan panas itu mendapati kawasan berkenaan mencatat bacaan suhu tertinggi melebihi 37C pada satu-satu masa, dalam tempoh tiga hari berturut-turut.
"Penutupan itu adalah sebagai langkah penjagaan kesihatan murid semasa cuaca panas, yang akan melibatkan sejumlah 259 sekolah iaitu 68 sekolah menengah dan 191 sekolah rendah.
"Jumlah murid terlibat adalah seramai 97,533 orang iaitu 91,862 orang murid sekolah menengah dan rendah serta seramai 5,671 orang murid prasekolah," kata kementerian dalam kenyataan di sini, Khamis.
Bagaimanapun, penutupan sekolah itu hanya melibatkan ketidakhadiran murid dan pelajar serta tidak perlu diganti.
"Operasi pentadbiran sekolah, kecuali aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) murid, hendaklah berjalan seperti biasa.
"Semua guru dan kakitangan sekolah hendaklah hadir ke sekolah masing-masing dan bertugas seperti biasa termasuklah tugas-tugas rutin dan lain-lain tugas yang tidak melibatkan murid-murid," kata Kementerian Pendidikan.
Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah terlibat hendaklah memantau bagi memastikan pematuhan terhadap arahan penutupan itu.
Kementerian Pendidikan juga meminta kerjasama ibu bapa dan penjaga supaya mengawal pergerakan dan aktiviti anak-anak di bawah jagaan masing-masing semasa tempoh penutupan sekolah itu.-- Bernama

MAS lebih mundur dari 50 tahun lalu
KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airline Berhad (MAB) yang dulu dikenali sebagai Malaysia Airlines (MAS) dilihat lebih mundur daripada awal-awal ianya dibangunkan sekitar tahun 1972.
Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, bukan berniat untuk menyibuk dengan urusan syarikat penerabngan nasional itu namun beliau tidak mampu menutup mata melihat usahanya suatu ketika dahulu terkubur.
"Masa saya jadi CEO MAS pada tahun 80-an, seorang pun tak ada warga asing dari peringkat atas hingga ke bawah pengurusan pun. Maknanya dari tahun 80-an hingga hari ini, kita makin mundur sehari demi sehari. Ini yang saya pertikaikan.
"Saya perlu sebut ini semua sebab mungkin kerajaan dan orang ramai pun tak tahu semua ini. Memang sudah lama saya tinggalkan MAS... lebih 20 tahun tetapi tiap kali orang jumpa saya, orang asyik tanya tentang MAS, masa depan MAS. Jadi, saya ambil tanggungjawab untuk sentuh perkara ini," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian merujuk kepada tindakan pengurusan MAS sebelum ini yang membawa masuk warga asing sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller kononnya demi menyelamatkan syarikat penerbangan kebangsaan itu.
Menurut Abdul Aziz, beliau tidak menafikan kepakaran Muller namun beliau berpendapat Muller tidak mempunyai roh sebagai rakyat Malaysia.
Terbaharu, selepas berkhidmat lebih setahun, Muller bertindak menghantar notis peletakan jawatannya yang berkuatkuasa September ini meskipun tempoh kontraknya masih berbaki lebih setahun.
Pada tahun 1972, sebagai peguam, Abdul Aziz bertanggungjawab menyelesaikan urusan 'perceraian' Malaysia Singapore Airlines (MSA) yang dimiliki Malaysia dan Singapura selepas bekerjasama selama enam tahun dan dipilih sebagai peneraju MAS yang dinamakan Malaysian Airlines System Berhad ketika itu.
MAS memulakan penerbangan pertama 1 Oktober tahun tersebut.
Menurut Abdul Aziz, dulu rakyat negara ini boleh berbangga dengan wujudnya MAS namun sekarang tidak lagi apabila ia tidak lagi dilihat sebagai syarikat penerbangan kebangsaan.
"Setiap negara hendaklah ada syarikat penerbangan sendiri iaitu syarikat penerbangan kebangsaan. Mana-mana negara pun tak kira kecil atau besar... Singapura, Thailand, Kemboja pun ada. Sebab itu kita tubuh Malaysian Airlines System sebagai syarikat penerbangan kebangsaan. Masa itu ia dimiliki kerajaan.
"Kita lindungi MAS itu dengan 'golden protection' di mana syarikat ini tetap menjadi milik kerajaan supaya warganegara kita boleh berbangga, dikenali seluruh dunia sebagai satu negara bermaruah yang memiliki syarikat penerbangan sendiri dan boleh pergi ke merata dunia.
"Tapi apa yang ada sekarang ini tidak boleh lagi digelar sebagai syarikat penerbangan kebangsaan kerana ia kecil dan tidak pergi laluan-laluan yang kita pernah ada. Ke London hanya ada satu penerbangan. 50 tahun dulu kita ada dua penerbangan sehari. Laluan lain semua batal seperti ke Amsterdam, Paris, Dubai dan banyak lagi," katanya. Beliau turut membayangkan situasi sukar menanti MAB untuk kembali bangkit seperti dulu kerana dunia hari ini yang mengamalkan langit terbuka.
"Pada saya, syarikat yang ini (MAB) bukan syarikat penerbangan kebangsaan lagi kerana ia tidak menjalankan tugasnya dengan mengikut kehendak. Pada masa akan datang, boleh jadi (sebagai syarikat penerbangan kebangsaan) tapi lama lah.
"Sebab apa lama? Sebab persaingan semakin hebat. Banyak syarikat penerbangan lain timbul. Suasana perniagaan penerbangan sudah bertukar, sekarang dipanggil langit terbuka di banyak negara. Tidak seperti dahulu. Jika kita mahu kena berunding.
"Jadi kalau kita sebuah syarikat kecil seperti hari ini, mampukah kita bersaing dengan syarikat-syarikat lain yang sudah berkembang di merata dunia? Singapore Airlines misalnya. Boleh kita lawan? Garuda Indonesia, Thai International pun sudah menjadi besar," katanya.
Beliau sempat berpesan, "jangan kita terlewat untuk menjadi satu syarikat besar dalam suasana langit terbuka. Apa persediaan dia (MAB) untuk berdepan dunia langit terbuka? Tanyalah dia (MAB)?"
Mengimbau kenangan lalu, Abdul Aziz berkata, saat beliau meninggalkan MAS sekitar tahun 1992, kepakaran dalam bidang kejuruteraan MAS terkenal di seluruh dunia hingga syarikat-syarikat penerbangan lain menghantar kapal terbangnya untung dibaiki di sini.
"Singapore Airlines pun ada hantar jika tempatnya tidak cukup untuk baiki. British Airways, American Carrier, Canada, Australia pun hantar masa itu. Apa telah jadi sekarang? Sekarang ditutup.
"Begitu juga perkhidmatan kargo yang dulu kita dikenali sebagai pusat kargo tapi perkhidmatan itu dihentikan. Tapi sya dimaklumkan ia akan dimulakan semula," katanya.
-Sinar Harian
| Abdul Aziz Abdul Rahman |

Mansuh subsidi bukan penyebab harga petrol naik – PM
TAPAH – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan tindakan kerajaan melaksanakan pemansuhan subsidi petrol RON95 sejak Disember 2014, terbukti bukan penyebab utama kenaikan harga bahan bakar berkenaan.
Jelasnya, ini berdasarkan harga bahan bakar itu pada Januari 2015 sebanyak RM1.90 seliter selepas subsidi dimansuh dan diapungkan mengikut harga pasaran dan mencecah paras lebih rendah pada masa ini.
“Sewaktu kita (melaksanakan langkah) memansuhkan subsidi minyak, harga RON95 pada Januari 2015 adalah RM1.90 seliter berbanding dengan RM1.70 sen seliter pada hari ini.
“Malah, harganya pernah mencecah paras terendah RM1.60 seliter.
“Oleh itu, harga minyak RON95 seliter sekarang adalah lebih rendah berbanding dengan harga terdahulu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Minggu Amanah Saham Malaysia (MASM) 2016 anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Stadium Mini Tapah di sini, hari ini.
Hadir sama, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
Mengulas lanjut, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pemansuhan subsidi bahan bakar berkenaan sejak 2014 juga dapat membantu kerajaan menjimatkan berbilion ringgit.
“Pada 2013 misalnya, kerajaan membelanjakan sebanyak RM29 bilion bagi tujuan subsidi RON95, RON97 serta diesel,” katanya.
Selain itu, Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memainkan peranan menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Katanya, antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia, mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia serta Projek Perumahan 1Malaysia.
“Tidak kurang penting adalah penubuhan Klinik Rakyat 1Malaysia yang mana kos perbelanjaan kesihatan negara ini berada di tahap terendah dunia berikutan bayaran yang ditetapkan adalah sangat minimum,” katanya.
— BERNAMA

Kerajaan Hormati Keputusan Mueller Lepaskan Jawatan CEO MAB - Liow
BENTONG, 21 April (Bernama) -- Kerajaan menghormati keputusan Christoph Mueller untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Malaysia Airlines Bhd (MAB) lebih awal sebelum kontrak selama tiga tahunnya tamat atas masalah peribadi dan keluarga.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berterima kasih kepada Mueller atas jaminan untuk terus berada dalam Lembaga Pengarah MAB sebagai Pengarah Bukan Eksekutif bagi membantu syarikat penerbangan itu.
"Mueller dengan seikhlas hati dan berterus terang telah mengatakan masalah peribadi dan masalah keluarga sebagai alasan beliau membuat keputusan itu.
"Beliau juga masih komited untuk membantu syarikat penerbangan yang disifatkannya mempunyai masa depan yang cerah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Cemerlang Akademik Sesi 2015 dan melancarkan Minggu Anti Dadah Sekolah Menengah Kebangsaan Chemomoi di sini, Khamis.
Beliau berkata hasrat Mueller untuk terus berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif di syarikat penerbangan nasional itu menunjukkan komitmennya kepada penstrukturan semula MAB.
"Ini jelas menunjukkan beliau komited kepada penstukturan semula dan pemulihan Malaysia Airlines dan akan membantu apa yang perlu dilakukan," katanya.
Liow meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu.
Beliau berkata pengisian jawatan yang dikosongkan Mueller akan ditentukan Khazanah Nasional Bhd dalam tempoh enam bulan akan datang, memandangkan tempoh peletakkan jawatan Mueller akan berkuat kuasa pada September.
Selasa lepas, MAB mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Mueller, merangkap Pengarah Urusan Malaysia Airlines Bhd (MAB), akan melepaskan jawatannya pada September 2016 namun berhasrat untuk terus berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.
Menurut kenyataan MAB itu, Lembaga Pengarah MAB sudah memperakui hasrat Mueller untuk berundur lebih awal berbanding kontrak asal sehingga 1 Mei, 2018 atas alasan peribadi.
Dalam kenyataan yang sama, Mueller menyuarakan rasa teruja untuk meneruskan cabaran tugas yang disifatkannya sebagai menarik, atas kapasiti jawatan eksekutifnya bagi tempoh enam bulan lagi.
"Malangnya, alasan peribadi ini akan menyukarkan saya untuk menyempurnakan tempoh perkhidmatan secara penuh," katanya.
Mueller menyertai Lembaga Pengarah Malaysia Airlines System Bhd sebagai Pengarah Bukan Eksekutif pada 1 Jan, 2015 dan memangku CEO MAB pada 1 Mac, 2015.
-- BERNAMA
![]() |
| Christoph Mueller |

Malaysia Sedia Bangunkan Sektor Tenaga ASEAN
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Pemerolehan Edra Power Holdings Sdn Bhd (Edra) membabitkan RM9.83 bilion -- pelaburan asing tunggal terbesar di Malaysia oleh China General Nuclear Power Corporation (CGN), meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang kukuh untuk membangunkan sektor tenaga ASEAN, kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Edra Datuk Mark Ling pada Khamis.
Beliau memberitahu Bernama bahawa Edra, yang disokong oleh permodalan CGN sebanyak US$60 bilion, kini boleh menyambungkan grid Trans-ASEAN dari Filipina ke Sabah, Sarawak dan Sumatera.
"Kami kini dapat serta-merta meningkatkan peluang dan komitmen, suatu peluang yang sudah pun menunggu selama ini namun tidak dapat disambut," katanya.
CGN, syarikat tenaga bersih terkemuka di dunia, menyelesaikan pengambilalihan Edra, pengeluar tenaga bebas kedua terbesar (IPP) Malaysia, bulan lepas, menjadikannya penggabungan dan pengambilalihan perjanjian terbesar di negara ini tahun ini.
Edra ditubuhkan pada 2014 hasil penggabungan tiga IPP utama di Malaysia, Powertek Energy Group, KLPP Group dan Jimah Energy Group, masing-masing dengan sejarah mengagumkan dalam pembangunan, operasi dan penyelenggaraan loji tenaga.
Ling berkata Kerajaan Malaysia telah mengkaji projek kabel dasar laut yang sekurang-kurangnya mempunyai satu lingkaran elektrik untuk digunakan di rantau ini dari Asia Tenggara ke China
"Akhirnya, Malaysia mahu menjangkaui sehingga ke Bangladesh dan India," katanya.
Edra mempunyai portfolio 13 loji tenaga dan penyahgaraman di lima negara termasuk Mesir, Bangladesh dan Pakistan.
Beliau berkata berdasarkan kehadiran Edra di negera ini, ia mempunyai keistimewaan untuk memahami perjanjian pembelian tenaga, selain sudah biasa dengan Suruhanjaya Tenaga di tempat-tempat tersebut.
"Kami mempunyai hubungan kerja yang baik dengan negara-negara ini, dan kini memanfaatkan aset-aset dan hubungan, dan justeru itu CGN memandang tinggi Edra dan menghargai nilainya.
"Oleh itu, apabila syarikat melihat pada nilai dan menilai semula asetnya, ia perlu menyelaraskan dengan tempoh masa perjanjian pembelian tenaga bagi mendapatkan nilai terbaik. Berdasarkan kepelbagaian kawasan dan kepelbagaian aset, Eropahlah destinasinya. Kami mungkin mengkaji Afrika Utara, di lokasi Mesir ... di sinilah kami ingin berkembang," katanya.
Ling juga bercakap mengenai dua ciri utama yang wujud dalam industri tenaga, keupayaan untuk memanfaatkan dan pemerolehan dana serta kerja-kerja pembangunan.
Edra menghargai CGN yang membolehkan syarikat itu menembusi pasaran itu secara serius.
Disokong oleh 30,000 tenaga kerja berpengalaman CGN, Edra juga mahu mengkaji operasi di peringkat serantau dan tempatan.
"Dalam kes Edra di Mesir dan Bangladesh, sebahagian besar pekerja terdiri dariapda penduduk tempatan, dan di Malaysia, 100 peratus pengurusan dikekalkan. Nilai terbesar yang kami boleh berikan kepada pekerja kami ialah membolehkan mereka memiliki pengalaman dan latihan terbaik supaya mereka menjadi pekerja terbaik dalam pasaran," katanya.
Secara peribadi, Ling yang berasal dari Sarawak, berkata: "Saya sangat bangga mengetuai semua syarikat tenaga di Malaysia, menjadi penduduk Sarawak pertama mengetuai Edra, bersama CGN yang merupakan syarikat nuklear terbesar di China."
"Dan kehadiran seorang penduduk Sarawak mengetuai Edra, merupakan suatu penghormatan kepada kami dari Sarawak, kita perlu faham bahawa tidak ada halangan dalam menyakinkan seluruh dunia bahawa kita boleh melakukannya. Dan saya secara serius akan mengenal pasti perniagaan tenaga baharu di Sarawak".

Solat Jumaat pertama awal Mei ini
PASIR MAS - Penantian penduduk selama 12 tahun untuk memiliki sebuah masjid baharu di Mukim Simpang Tendong, akhirnya terlaksana apabila Masjid Al-Hanan bakal memulakan operasi dalam masa terdekat.
Pembinaan masjid berjumlah RM3.2 juta itu mampu memuatkan seramai 900 jemaah dalam satu-satumasa, sekali gus memudahkan penduduk setempat menunaikan solat jemaah.
Imam masjid berkenaan, Ismail Ibrahim berkata, kemudahan itu memberi manfaat cukup besar kepada anak mukim berkenaan, terutama ketika solat Jumaat.
“Sebelum ini kebanyakan anak mukim terpaksa solat Jumaat di luar mukim antaranya di Masjid Tepi Sungai Tendong, Padang Embun, Hutan Chengal dan juga Tal Tujuh kerana tidak mempunyai kemudahan masjid.
"Justeru, dengan adanya kemudahan ini, anak-anak mukim ini tidak perlu lagi ke masjid sekitar untuk menunaikan solat Jumaat,” katanya.
Menurut Ismail, solat Jumaat pertama di masjid berkenaan akan dilaksanakan pada awal Mei ini.
Bagaimanapun katanya, solat fardu secara berjemaah akan dijalankan dalam masa terdekat.
“Untuk solat Jumaat, kita menunggu peralatan siar raya dan mimbar daripada Maik sebelum dapat beroperasi,” katanya.
Terdahulu, Ismail menyaksikan majlis penyerahan Masjid Al-Hanan Mukim Simpang Empat Tendong secara rasmi antara Timbalan Pengarah Bahagian Teknikal Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Wan Mazuki Wan Ismail dengan Setiausaha Maik, Mohd Azri Abd Rahman.
Sementara itu, bekas setiausaha Masjid Al-Hanan, Sukri Abdullah berkata, pihaknya memulakan kutipan derma untuk membina masjid berkenaan sejak 2004.
Katanya, kutipan itu dibuat untuk membeli tapak yang ketika itu berharga RM135,000.
“Alhamdulillah, pembelian tapak ini adalah hasil kutipan dibuat penduduk kampung. Selepas itu kita memperuntukkan sebanyak RM80,000 untuk kerja menambak kawasan ini yang agak rendah,” katanya.

MB Kelantan dibenarkan pulang
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dibenarkan pulang setelah menjalani pembedahan kecil di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (HUSM) minggu lalu.
Ahmad berkata, sepanjang tempoh beliau bercuti, Timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan menjalankan tugas-tugas sebagai Menteri Besar Kelantan dibantu barisan exco.
"Saya telah pun diberi kebenaran oleh doktor pakar yang merawat saya untuk pulang berehat di rumah bermula pada petang ini.
"Saya turut mengambil kesempatan merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus berdoa untuk kesejahteraan dan kesihatan saya secara berpanjangan,"katanya dalam satu kenyataan.
Dalam masa yang sama, Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas berkata seiring dengan dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam (MMBI), kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kelantan sangat diutamakan.
Bagi tujuan itu beliau berharap seluruh pegawai dan kakitangan awam hendaklah pro aktif dalam memenuhi khidmat kepada rakyat secara jujur, amanah dan penuh integriti.
Sementara itu katanya, dalam keadaan cuaca yang panas ketika ini,beliau memohon rakyat bersama-samalah bermunajat dan berdoa pada pagi Jumaat esok bagi memohon rahmat dan kasih sayang Allah dalam solat istisqa' yang diadakan di Padang Hoki bermula jam 4.30 pagi.
"Semoga dengan pengabdian yang jitu kepada ALLAH, hujan barakah akan turun dengan mencurah-curah di negeri ini"katanya.

Kesan ICT Terhadap Alam Sekitar Dibincangkan Dalam Seminar ITU
KUALA LUMPUR, 21 Apr (Malaysiaaktif) – Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menyumbang kepada pelepasan yang memberi kesan rumah hijau dan menyebabkan pemanasan global. Namun demikian, ICT juga boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah ini.
‘Kerajaan Malaysia contohnya telah memulakan inisiatif ICT hijau bagi mewujudkan alam sekitar yang lestari’, ujar Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, ketika merasmikan Simposium Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) Ke-11, ‘ICT, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar’ di sini hari ini.
Simposium sehari ini anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dengan kerjasama Malaysian Technical Standards Forum Bhd (MTSFB). Ia diadakan seiring Mesyuarat ‘ITU-T Study Group 5’ yang diadakan dari 20 hingga 27 April.
Matlamat simposium ialah bagi meningkatkan kesedaran tentang potensi ICT dalam menangani cabaran alam sekitar dan menggalakkan pihak berkepentingan dalam mengintegrasi dan mencari penyelesaian berasaskan ICT ke dalam aktiviti secara holistik dan mapan.
Seramai 240 peserta dari dalam dan luar negara berkongsi maklumat dalam usaha berdepan dengan cabaran ke atas alam sekitar demi kelestarian masa depan.
Pada masa sama, Electromagnetic Field (ITU EMF) Guide atau Panduan EMF ITU dalam versi Bahasa Melayu turut dilancarkan. Panduan ini merupakan pendekatan SKMM untuk menyalurkan maklumat yang betul dan memudahkan pemahaman dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Turut hadir, Ketua Pegawai Sektor Ekosistem Digital SKMM dan Pengarah Telecommunication Standardization Bureau (ITU TSB).

DSA 2016 Catat Urus Niaga Bernilai RM2.9 Bilion
KUALA LUMPUR: Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016 mencatat urus niaga bernilai RM2.9 bilion, meningkat 56 peratus berbanding RM1.86 bilion semasa DSA 2014.
Secara keseluruhannya, edisi tahun ini menyaksikan 10 kontrak, empat Surat Setuju Terima, tiga Surat Hasrat dan tujuh Memorandum Persefahaman ditandatangani, menurut maklumat yang dikeluarkan oleh penganjur, DSA Sdn Bhd.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata peningkatan nilai yang memberangsangkan itu menunjukkan Malaysia dan industri pertahanan serantau mempunyai keupayaan untuk terus berkembang.
"Kita mengharapkan prospek lebih banyak urus niaga semasa DSA pada masa depan," katanya semasa majlis penutup DSA ke-15 yang berakhir di sini, Khamis.
Beliau berkata pembelian aset ketenteraan akan mengambil masa untuk diserahkan namun di sebalik berdepan cabaran ekonomi semasa, pihak yang menyertai DSA melihat kepada hubungan jangka sederhana dan panjang.
"Ia bukan sesuatu yang sengaja diadakan malah saya hadir sebagai saksi hanya untuk kontrak yang pasti akan dilaksanakan. Urus niaga RM2.9 bilion yang telah ditandatangani ini mesti dilaksanakan," katanya.
DSA 2016 selama empat hari itu berperanan sebagai platform kepada lebih 300 pegawai atasan kerajaan dan delegasi asing dari lebih 45 negara.
Selain itu Hishammuddin berkata acara tersebut telah menarik lebih 38,000 pengunjung perdagangan dari lebih 77 negara pada tiga hari pertama, melebihi jangkaan awal sebanyak 34,000.
"Tahun ini turut menyaksikan satu rekod baharu iaitu 1,200 syarikat yang menyertai mewakili lebih 60 negara daripada industri keselamatan dan pertahanan global.
"Ia merupakan jumlah penyertaan tertinggi setakat ini," katanya.
Beliau mengumumkan bahawa DSA 2018 akan berlangsung pada 16 hingga 18 April, 2018 di Kuala Lumpur.-- Bernama