Hot!

Hospital Diarah Bayar RM1.8 Juta

LOS ANGELES: Hospital di Los Angeles diarah membayar AS$450,000 (RM1.8 juta) bagi menyelesaikan saman yang mendakwa ia 'membiarkan' wanita gelandangan bermasalah mental dengan cuma memakai baju tidur kertas, di jalan raya.

Peguam bandar raya itu, Mike Feuer, menyifatkan amalan meninggalkan pesakit sebagai tidak berperikemanusiaan dan berkata di Twitter pada Selasa, perkara itu tidak boleh diterima. Bandar raya itu menyaman Hospital dan Pusat Perubatan Daerah Gardens pada April 2015, menyatakan kakitangannya membawa wanita berusia 38 tahun yang menghidap skizofrenia dan beberapa masalah mental lain ke pusat gelandangan di daerah Skid Row, dan membiarkan beliau di situ memakai baju tidur kertas hospital.

Wanita berkenaan, yang juga menghidap diabetes dan asma, tidak mempunyai wang, preskripsi ubat atau kertas pengenalan dan tidak diterima masuk. Beliau ditemui merayau-rayau di jalan raya beberapa jam sebelum seseorang melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Feuer, pada Isnin mengumumkan bandar raya berkenaan dan hospital itu menyelesaikan saman, yang mendakwa wanita sama dibiarkan dengan cara serupa sekurang-kurangnya lima kali sebelum ini.

Pusat perubatan itu adalah antara beberapa hospital metropolitan di Los Angeles yang didakwa sejak beberapa tahun ini kerana meninggalkan pesakit. Skid Row adalah tempat ribuan gelandangan tinggal dalam khemah atau secara terbuka, dengan ramai daripada mereka mengalami masalah mental.
"Gelandangan yang menghidap masalah mental yang merayau-rayau mudah menjadi mangsa dan dieksploitasi," menurut saman. Hospital berkenaan, yang mengaku tidak bersalah menurut penyelesaian itu, memfailkan muflis dan dibeli entiti lain. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/206101

0 comments:

Post a Comment