Celcom Home Broadband menawarkan kelajuan sehingga 10Mbps dengan tanpa had kuota pada harga langganan RM145 sebulan. Menariknya, Celcom menawarkan diskaun sehingga 50% untuk pelanggan FIRST Platinum dan FIRST Gold untuk tempoh 6 bulan pertama. Ini sekaligus membolehkan para pengguna menikmati pakej ini pada harga RM72.50 untuk pakej 10Mbps.
Seperti biasa, Celcom menyediakan modem percuma dengan langganan pakej jalur-lebar, dan pelanggan tertakluk untuk kontrak langganan selama 24 bulan. Celcom hanya menawarkan modem secara percuma untuk tempoh terhad sahaja, dan sekiranya tidak, pelanggan akan tertakluk kepada bayaran RM10 sebulan.
Buat masa ini, Celcom Home Broadband hanya ditawarkan untuk pelanggan di kawasan sekitar Lembah Klang sahaja. Menurut Celcom, mereka akan menawarkan pakej yang lebih pantas dan turut akan memperluaskan ia kepada lebih kawasan tidak lama lagi.
https://amanz.my/2016110146/

siapa pernah guna wifi rumah celcom ni,linenya best x?saudara saya yg tinggal kat klang ingin mengambil wifi rumah dia nak saya berikan cadangan.saya nampak celcom ni bagi 10Mbps,streamyx tu bagi maks hanya 8Mbps,tapi saya x tau linenya stable x.
ReplyDeletekalau bandingkan celcom home broadband dgn streamyx,celcom punya line lebih cepat&stable,tetapi kalau bandingkan celcom dgn time/unifi linenya memang kalah.linenya x secepat macam unifi/time.
ReplyDeleteini kali pertama saya nampak celcom ada tawarkan wifi rumah,telco yg lain ada x buat tawaran macam celcom?kalau ada nak bandingkan mana satu telco punya wifi rumah lebih berbaloi
ReplyDeletetelco M juga ada tawarkan home broadband macam ni,harganya saya x berapa ingat..lebih murah drpd ni kot.
Deleteyou sure lebih murah drpd celcom?postpaid plan nya semua lebih mahal drpd celcom.
Deletesaya salah faham..celcom ni selepas diskaun harganya rm72.5,yg telco m tu selepas diskaun rm128.tadi saya anggap harga celcom ni rm145,harga telco m tu rm128.
Deletebagaimana boleh dapat diskaun begitu banyak?saya pun nak ambil broadband rumah macam ini.10Mbps lebih cepat drpd yg saya guna sekarang
DeleteNak dapat diskaun pasti kena ambil plan yg ditawarkan oleh telco,sekiranya u ada sign up plan platinum u boleh dapat diskaun 50%.
DeleteNak dapat diskaun pasti kena ambil plan yg ditawarkan oleh telco,sekiranya u ada sign up plan platinum u boleh dapat diskaun 50%.
Deleteuntunglah yg ada ambil plan platinum boleh dapat 50% diskaun,juga yg tinggal di sekitar Lembah Klang dapat menikmati broadband home ni.
DeleteTak tau coverage plan ni termasuk mana ya?
ReplyDeletesekarang paling comfirm dekat area klang ada coveragenya,celcom akan memperluaskan coverage ke tempat lain pada hari yg akan datang..
DeleteHaraplah ia akan memperluaskan ke johor! Boleh cubalah kalau ia lebih baik daripada streamyx!
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete