
Memetik laporan DailyMail, Suu Kyi berikrar berada 'di atas' presiden, walaupun dihalang menduduki jawatan tertinggi itu oleh Perlembagaan dirangka tentera, ketika berusaha memenuhi mandat besar yang diberikan jutaan pengundi Myanmar dalam kemenangan besar NLD pada pilihan raya November tahun lalu.
Pencalonan Htin Kyaw, 69, yang bersekolah sama dengan Suu Kyi serta kini membantunya dalam menguruskan yayasan kebajikannya dibuat hanya selepas beberapa bulan spekulasi mengenai perkara itu tersebar.
“Ini merupakan langkah penting dalam melaksanakan kehendak dan kemahuan pengundi yang menyokong NLD dengan penuh bersemangat.
“Saya ingin mencadangkan U Htin Kyaw, daripada NLD,” kata Suu Kyi menerusi kenyataan yang disiarkan dalam laman web parti berkenaan.
Pemilihan tersebut turut tidak dimaklumkan kepada ahli parlimen parti NLD memandangkan parti merasa bimbang ia akan menjejaskan peralihan kuasa di negara tersebut yang menyaksikan pihak tentera masih berpengaruh.
-Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment