Isu doping: Nike gantung kontrak Maria Sharapova
SYARIKAT multinasional sukan, Nike menggantung kontrak juara lima kali Grand Slam, Maria Sharapova selepas atlet itu mengaku gagal ujian doping.
Pembuat jam tangan Swiss, Tag Heuer turut mengumumkan syarikat itu tidak akan memperbaharui kontrak bintang tenis itu.
Nike berkata, pihaknya melahirkan rasa sedih dan terkejut selepas pengakuan Sharapova yang didapati positif menggunakan bahan terlarang pada Terbuka Australia, Januari lalu.
"Kami telah membuat keputusan untuk menggantung hubungan dengan Maria sementara siasatan diteruskandan akan terus memantau keadaan," kata syarikat itu.
Sementara itu, Tag Heuer telah mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak Sharapova yang akan berakhir pada penghujung tahun ini.
Pada tahun 2010, pemain tenis Rusia berusia 28 tahun itu menandatangani kontrak lapan tahun baru dengan Nike dengan $70juta (RM 287juta) serta jualan pakaian jenama sendiri.
Sharapova adalah atlet wanita yang menerima bayaran tertinggi di dunia selepas memperoleh hampir $30juta (RM 123juta) pada 2015 daripada hasil kemenangan dan beberapa pendapatan lain, menurut Forbes termasuk kontrak dengan Evian, Tag Heuer, Porsche.
Pada tahun 2014, Porsche melantik Sharapova sebagai duta wanita pertamanya.
Bulan lalu, Nike turun membatalkan kontrak peninju Manny Pacquio selepas mengkritik golongan hemoseksual yang disamakan seperti haiwan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Nike batalkan kontrak peninju Manny Pacquiao]

0 comments:
Post a Comment