Pendedahan yang dibuat Datuk Shabudin Yahaya (BN - Tasek Gelugor dalam Parlimen berkaitan Lim Guan Eng membeli rumah dibawah harga semasa menjadikan deklarasi Mahthir dan DAP beberapa parti pembangkang hancur sama sekali.
Berikutan intergriti KM Pulau Pinang mula dipersoalkan oleh rakyat makanya deklarasi itu dilihat seperti sampah hanyir.
Rumah yang terletak di George Town itu bernilai RM2.5 juta pada 2008 dan selepas menjalani proses ubah suai yang menelan belanja yang besar dijual kepada Lim Guan Eng dengan hanya pada harga RM2.8 juta itu adalah tidak masuk akal sama sekali.Hasrat untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib melalui deklarasi yang dipersetujui oleh beberapa politik pembangkang akan terkubur apabila pemimpin DAP yang bersungguh kearah melihat jatuhnya Datuk Ser Najib dipanggil SPRM untuk siasatan.
Rakyat tidak bodoh untuk menilai keadaan ini dan Lim Guan Eng harus dihadapkan kemuka pengadilan dan dihukum jika didapati bersalah.
Tidak boleh terima diakal sebuah rumah yang dibeli dengan harga RM2.5 juta di jual dengan harga dibawah paras harga semasa.
Guan Eng beli rumah itu pada 25 Oktober tahun lalu dengan harga RM2.8 juta, sedangkan harga pasaran semasa rumah berkenaan ialah dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.
0 comments:
Post a Comment