Hot!

Murid Ditampar Cikgu Bapak Tampar Cikgu

MELAKA - Gara-gara melempang seorang muridnya yang dikatakan tidak mengikut arahan, seorang guru turut menerima na-sib sama apabila dia kemudian ditampar pula oleh bapa kepada murid berkenaan.
Kejadian seorang guru Pen-didikan Jasmani menampar murid lelaki tahun lima itu berlaku pada Rabu lalu ketika cikgu terbabit melaku-kan ujian kecergasan ke atas pelajar-pelajar-nya.
Ekoran tindakan cikgu itu, pada pukul 7.45 pagi kelmarin, bapa kepada murid terbabit telah datang ke se-kolah lalu menampar guru berusia 37 tahun berkenaan sambil di-saksikan sebilangan pelajar dan guruguru lain.
Kejadian guru menampar murid sebelum bapa murid berkenaan membalas dendam dengan menampar guru semula berlaku di sebuah sekolah rendah di Ayer Molek di sini.
Akibat ditampar, guru terbabit mengalami lebam pada pipi kanan selain dia turut diugut untuk dicederakan mengguna-kan cota di luar sekolah.
Ketua Jabatan SiasiUan Je-nayah Negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, suspek berusia 37 tahun itu dipercayai bertindak agresif ke atas guru berkenaan kerana membalas dendam selepas anaknya dikatakan mengadu dia kerap didenda oleh guru sama sejak tahun lepas apabila tidak menyiapkan kerja sekolah.
"Suspek dan anaknya telah masuk ke sekolah itu sebelum bertemu dengan guru Pendidikan Jasmani di kantin sekolah pagi semalam (kelmarin). Berlaku pertengkaran dalam pertemuan itu sebelum suspek kemudian melem-pang guru berkenaan.
"Tidak berakhir di situ, suspek turut didakwa mengugut untuk mence-derakan guru itu meng-gunakan cota di luar sekolah," kata beliau ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini semalam.
Menurut beliau, kejadi-an itu kemudian dileraikan oleh guru-guru lain yang berada df kantin ketika itu.
Kamaluddin memberi-tahu, polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu daripada cikgu itu di Balai Polis Kandang di sini menahan bapa pelajar itu pada pukul 5 petang pada hari yang sama.
"Suspek yang bekerja sebagai pelayan sebuah di hotel di sini ditahan di tempat kerjanya dan direman mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan ke-rana mengugut dan mendatang-kan kecederaan," katanya lagi.
Sementara itu, Pengarah Pen-didikan negeri, Abu Bakar Sahari berkata, ekoran insiden itu, pihaknya telah menghubungi ibu kepada murid yang berOsia 11 tahun itu bagi menghadiri sesi permuafakatan.
"Kita juga akan menyiasat kejadian tersebut dan pada masa" sama ibu kepada murid berkenaan juga bersetuju untuk datang ke sekolah bagi sesi permuafakatan," kata beliau.
-KOSMO

0 comments:

Post a Comment