Laporan yang didakwa sebagai butiran akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib seperti yang dikutip Malaysiakini dari sumber dokumentari Australia Four Corners adalah tidak boleh diterima pakai memandangkan tiada sumber jelas dinyatakan.
Kononya kru penerbitan Australian Broadcasting Corporatin (ABC) telah melihat dokumen-dokumen bank yang dibekalkan oleh sumber yang tidak dinyatakan sebagai satu bukti sah ia tidak boleh menjadi rujukan kepada mana-mana pihak,memandangkan kes Anwar Ibrahim yang telah dibukitan sebagai peliwat dan dijatuhkan hukuman penjara turut dinafikan oleh sebahagian para buta tuli negara,inikan pula laporan berniat jahat terhadap Perdana Menteri Malaysia.
Menurut Four Corners, AS$75 juta (RM301 juta berdasarkan kadar pertukaran hari ini) yang kononnya datang daripada seorang putera Saudi, manakala AS$80 juta (RM321 juta) lagi berasal daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi.
Jika benar seperti yang dilaporkan Four Corners jumlah itu bukanya hasil dari wang negara yang turut diabelkan sebagai wang rakyat sekali gus membuktikan Perdana Menetri tidak mengambil wang 1MDB atau melibatkan wang rakyat.
Hubungan baik negara ini dengan Arab Saudi membuka mata negara-negara bukan Islam dan sudah tentulah menimbulkan sikap rasa cemburu yang menembal.
Manakala laporan yang tidak sahih pula turut menjadi sumber utama portal berita tempatan yang tidak menyenangi pemerintah bagi mengambarkan keburukan Perdana Menteri yang tidak disenangi oleh musuh-musuh politik dan musuh peribadi sehingga ada pakatan untuk menjatuhkan Perdana Menteri setelah gagal menumbangkan UMNO-Barisan Nasional dalam siri pilihan raya.
Sikap inilah juga yang ada pada jahiliyah arab ketika Nabi Muhammad S.A.W diutuskan,para jahiliyah tidak mampu untuk menyekat gerakan ajaran tauhid dan akhirnya para jahiliyah mengambil keputusan untuk membunuh Nabi Muhammad S.A.W.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga turut merasa gerakan yang cuba menafikan demokrasi dengan pelbagai cubaan untuk mejatuhkan beliau dengan cara tidak sewajarnya.
Gerakan yang boleh dikatakan menyamai para jahiliyah arab telah wujud di Malaysia walaupun negara berada diperingkat maju,rupanya sebahagian rakyat memilih jalan kaum jahiliyah sebagai jalan perjuangan walaupun demokrasi menjadi tunggak jatuh bangunya seorang pemimpin negara.
Tuduhan 1MDB lebur kerana Najib,ekonomi hancur kerana Najib,kos sara hidup meningkat kerana Najib dan pelbagai lagi menjadi amalan para pengkhianat yang tidak menyenangi keperibadian Najib.
Tidak mahu melihat kenyataan dengan menggunakan akal waras menjadi punca penentangan puak-puak yang berfikiran sempit walaupun hakikat 1MDB mampu bersaing diperingkat global dan ekonomi mampu bertahan walaupun krisis ekonomi global melanda.
Tidak ada satupun yang mampu bertahan dengan nilai asal sejak bumi ini di ciptakan tuhan,bukan sahaja nilai mata wang malah bukit bukau juga mengalami perubahan.

0 comments:
Post a Comment