Isu Pulau Pinang semakin PANAS-Bolehkah BN rampas negeri itu pada PRU 14.ikuti analisi rambang ini.#BeritaUntukRakyat
The Malaysian Hot News-Sebagai rujukan yang mudah difahami dan boleh di ingati semua pihak,pada PRU13 semua pengkaji politik mengambil kira pertunjuk PRU 12 sebagai pengukur kekuatan Barisan Nasional di Pulau Pinang.
Pada masa itu tidak sesiapa dari pengkaji politik tanah air memberi harapan bahawa Barisan Nasional dapat merampas Pulau Pinang dari PakatanRakyat.
Diambang PRU 13 seratus peratus pengkaji politik secara berkumpulan mahupun individu bersetuju mengatakan peluang Barisan Nasional merampas Pulau Pinang amat tipis memandangkan trend pengundian yang ditunjukkan pada PRU 12(2008)
Pulau Pinang mempunyai 13 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan peratusan pengundi cina agak tinggi.
Komposisi pengundi Cina 53.92%,Melayu 34.76%,India 10.84% komposisi ini tidak termasuk pengundi awal iaitu tentera dan polis.
Rakyat Malaysia umumnya tahu pada PRU 2008 Pakatan Rakyat yang terdiri dari parti utama,DAP,PAS,PKR telah berjaya mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dengan kemenangan 11 kerusi Parlimen dan 29 kerusi DUN .
Manakala keputusan pilihan raya umum 2013 pula telah menyaksikan kehilangan 1 kerusi Parlimen,iaitu kerusi Parlimen Balik Pulau yang dimenengani PR dari parti PKR dan menjadikan jumlah kerusi parlimen yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat di negeri itu kesemuanya 10.
Persoalan yang bermain dikalangan rakyat khasnya pengundi Barisan Nasional,bolehkah Barisan Nasional merampas Pulau Pinang dari terus dikuasai DAP pada PRU 14 nanti?.
Jawapannya sukar walaupun 34.76% pengundi Melayu dan pengundi India 10.84% kembali kepada Barisan Nasional jika tidak disokong oleh lebih kurang 10% pengundi Cina.
Ini analisis rambang

0 comments:
Post a Comment