Dalam masa yang sama Mukhriz dan Muhyiddin turut dikritik kerana tidak memberi sebarang kritikan terhadap skandal pembelian rumah banglo dibawah nilai sebenar oleh Lim Guan Eng dan begitu juga dengan penjualan tanah di Taman Manggis.

Penilaian yang dibuat berdasarkan nafsu oleh publisiti DAP Johor hanyalah untuk menyedapkan hati Datuk Mukhriz dan Tan Sri Muhyiddin semata-mata setelah tidak mendapat sambutan walaupun DAP cuba momokan gerakan itu melibatkan semua lapisan masyarakat.
Jika dilihat dari usaha team yang mahu menumbangkan Datuk Seri Najib sebelum waktunya bergerak ke Johor hanya menyambung atau menzahirkan kata-kata yang pernah dikeluarkan oleh ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang yang menggagaskan Johor sebagai ‘engine head’ kepada perubahan.
Jadi,tidak salah jika dikatakan gerakan mahu menjatuhkan Perdana Menteri merupakan kumpulan puppet DAP dan tidak relevan untuk rakyat mantang berpolitik dan mengenal setiap isu ciptaan musuh Datuk Seri Najib dan musuh parti mempercayainya.
Memandangkan PRU14 akan berlaku dua tahun lagi,makanya DAP sudah pasti berusaha memasarkan puppetnya dengan pelbagai cara asalkan yang rela jadi puppet itu bukan dari bangsanya.
Dalam jelajah Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Mukhriz setelah jiwa dijajah DAP apa yang mereka banggakan hanya deklarsi yang ditandatangani oleh Dr.Mahathir dan Lim Kit Siang serta puluhan yang lain ,dan mereka itu juga tergolong dari orang-orang yang tidak pernah merdeka jiwanya walaupun negara merdeka sejak 1957.
Dalam ucapan siri jelajah di Kampung Lukut Kota Tinggi,Muhyiddin dilaporkan turut mengingatkan agar rakyat khususnya orang Melayu jangan mudah terpedaya dengan tuduhan-tuduhan liar yang cuba mengaitkan isu Tun Mahathir dan Lim Kit Siang kononnya memiliki agenda tersembunyi apabila dua sosok tokoh pemimpin ini bersama-sama menandatangani deklarasi rakyat.
Perlu di ingatkan,rakyat juga perlu mengingati sifat munafik Muhyiddin seperti rakaman suara yang disebar oleh kebanyakan pengguna media sosial.
Muhyiddin juga harus ingat suara dalam rakaman itu adalah suara dia sendiri dan janganlah mengambil sikap orang lain atau rakyat tidak tahu menilai setiap patah kata-katanya.
Selagi gerakan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib dilakukan melalui siri jelajah,selagi itulah juga Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Mukhriz serta yang lainya dianggap tidak percaya kepada demokrasi.
Akar umbi tidak mudah diperdaya dengan hasutan dengan pelbagai seru dakyah,kerana akar umbi melihat tekad dan iltizam Perdana Menteri untuk meletakkan negara setaraf dengan negara maju lain sebagai usaha yang menguntungkan ber banding dengan usaha golongan puppet.
Tidak pernah ada fakta,bahawa manusia tidak ada kelemahan dan Tan Sri Muyiddin,Datuk Mukhriz sendiri juga tahu fakta ini.Kerana hipokrit tinggi kelemahan Perdana Menteri juga dicanang keseluruh pelusuk tanah air.
Dasar hati busuk…..
-Hot Kelate
0 comments:
Post a Comment