Hot!

Wenger selar kritikan peminat


PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger menyelar beberapa kritikan peminat sebelum ini dengan memaklumkan bahawa dia merasa bosan terhadap pertikaian sesetengah pihak yang mempersoalkan kelayakannya memegang jawatan penting di dalam kelab tersebut.

Buat masa ini, skuad The Gunner berada di tangga ketiga carta Liga Perdana Inggeris (EPL) dan pasukan berkenaan turut mengumpul lapan mata di belakang pendahulu, Leicester City.

Wenger dikritik hebat selepas gagal mengambil kesempatan bagi menjadi pendahulu liga walaupun tidak bersaing dengan pasukan hebat seperti Chelsea, Manchester United atau Liverpool pada musim kali ini.

“Saya tidak boleh mempengaruhi sikap peminat. Macam mana saya hendak melakukannya?

“Bagaimanakah jika saya katakan saya merasa bosan duduk di sini selepas 19 tahun dan terpaksa berdepan dengan soalan ini?” katanya ketika sidang media seperti yang dipetik oleh squawka.com.

Dalam pada itu, Wenger turut memaklumkan bahawa dia telah bekerja keras selama ini dan sekiranya prestasinya tidak memuaskan, seseorang pastinya akan memaklumkan mengenai perkara itu.

“Itu sahaja yang mampu saya lakukan. Saya tidak perlu risau apa yang orang dan peminat akan katakan mengenai saya.

“Saya cuba lakukan kerja dalam keadaan yang baik dan penuh komitmen. Selepas itu, semua orang berhak untuk memberikan pandangan. Keputusan untuk saya meneruskan kerja atau tidak bukannya dibuat oleh mereka,” katanya.

0 comments:

Post a Comment