Hot!

Hancurnya PERKASA Sebab Mahathir Ditipu DAP

Secara diam-diam ramai juga ahli Persatuan Pribumi Perkasa(PERKASA) keluar  dari klompok
yang dahulunya dilihat sebagai kumpulan pendesak Melayu paling power di tanah air.

Penulis sendiri dan rakan-rakan juga sudah mula muntah dengan kumpulan itu setelah menderhakai pemimpin negara iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Ramai juga menganggap PERKASA kumpulan pengkhianat bangsa sendiri setelah bersetuju megulingkan Perdana Menteri dipilih rakyat.

Gerakan halus Mahathir bersama DAP disokong kuat PERKASA dilihat sebagai penghancur pertubuhan itu sendiri.

PERKASA mula tidak sedar diri apabila taksub kepada Mahathir melampau batas perjuangan yang dilaungkan atas nama bangsa dan agama.
Kini PERKASA berjuang demi Mahathir dan DAP untuk menjatuhkan Perdana Menteri,tindakkan itu memualkan banyak pihak.

Kini Pertubuhan itu berjuang atas nama apa?.Kalau dahulu berjuang atas nama agama dan Melayu kini atas jalan mana? kerana agama menegah keras menderhakai pemimpin.

Manakala Ibrahim Ali yang terkenal sebagai katak lompat ,lompat lagi malah lebih terlompat-lompat,namun dia mungkin tidak sedar bahawa ahli PERKASA sendiri sudah mula sumpah seranah kerana ketaksubannya kepada Mahathir.

Hancurnya perjungan PERKASA yang dahulunya dihormati sebagai kumpulan NGO pendesak Melayu terbesar abad ini kerana Mahathir ditipu DAP.

0 comments:

Post a Comment