ALOR SETAR, 18 Mac (Malaysiaaktif) — Cuaca panas ekstrem yang dijangka berlaku pada 20 Mac ini di beberapa kawasan di Malaysia bukan disebabkan hanya oleh fenomena ekuinoks.
Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Kedah, Rosli Zakaria, rujukan itu tidak berapa tepat kerana Malaysia tidak berada betul di atas garisan khatulistiwa, tetapi berada lima darjah daripada garisan tersebut.
Oleh yang demikian, beliau berkata Malaysia akan berada dalam situasi ekuinoks pada 27 Mac.
Negara ini pernah mencatatkan suhu paling panas 40.1° Celcius (104.2°Fahrenheit) di Chuping, Perlis pada 1998 yang berlaku seminggu selepas ekuinoks.
Rosli memberitahu wartawan Malaysiaaktif semalam bahawa ekuinoks bukan penyumbang kepada cuaca yang lebih panas kerana setiap tahun suhu tertinggi di Malaysia direkodkan seminggu selepas ekuinoks.
Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Kedah, Nur Syafeenatul Alfda Haji Rosli pula berkata, pada ketika ini Malaysia berada di penghujung musim monsun timur laut yang membawa taburan hujan lebat pada permulaannya, iaitu dari Oktober hingga Disember tahun lepas.
-Malaysia Aktif

0 comments:
Post a Comment