Hot!

Azizulhasni buru pingat Sukan Olimpik



KUALA LUMPUR – “@Khairykj (Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin), saya akan dapatkan podium tuan”.
Itu sahutan semangat Azizulhasni Awang menerusi akaun Twitter miliknya merujuk cabaran Khairy untuk melihat jaguh negara itu menaiki podium buat kali pertama di Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Barzil pada Ogos ini.
Khairy memuat naik status berbentuk cabaran sejurus pelumba yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman itu meraih pingat gangsa dalam acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Lee Valley Velopark, Stratford, London, semalam.
“‘Photo finish’ dalam saingan akhir keirin Kejohanan Dunia. @AzizulAWANG di tempat ketiga. Sudah pasti dalam kedudukan untuk mendapatkan podium di Rio,” katanya.
Pingat emas bagi acara tersebut dimiliki pelumba Jerman, Joachim Eiler dengan catatan masa 10.050 saat, diikuti Eddie Dawkins dari New Zealand yang ketinggalan 0.002s, manakala Azizulhasni ketiga (+0.068s).
Terdahulu, dalam pusingan pertama, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu menduduki tempat ketiga sehingga memaksanya melalui pusingan repechage bagi melayakkan diri ke separuh akhir.
Azizulhasni menewaskan pelumba Ukraine, Andre Vinokourov dan Jacob Schmid dari Australia serta Hersony Canelon (Venezuela).
Pelumba ranking ke-10 dunia acara keirin itu kemudian me­raih slot ke final selepas berada di kedudukan kedua dalam saringan kedua separuh akhir kedua.
“Di pusingan akhir, semua pelumba-pelumba adalah nama besar dalam acara keirin. Jika ditengok daripada segi fizikal, saya adalah yang tercilik dibandingkan dengan pelumba lain.
“Jika acara keirin atau lumba basikal trek ini mempunyai ‘weight category’ seperti sukan boxing, saya yakin saya sudah bergelar juara dunia setiap tahun.
“Saiz fizikal yang jauh lebih besar memberi kelebihan besar kepada pelumba-pelumba ini memandangkan pada era sekarang penggunaan gear semakin meningkat (besar) dan ini memberi kelebihan dari segi kelajuan akhir,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/berbasikal/azizulhasni-buru-pingat-sukan-olimpik-1.198195#sthash.QNSkLZpK.dpuf

0 comments:

Post a Comment